aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN FOUR SEASONS KL

Salam semua… saya nak buat simple food review buffet ramadhan four seasons KL & share sikit pengalaman saya semasa berbuka di hotel ni.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Seperti yang korang tahu hotel ni betul-betul bersebelahan dengan Suria KLCC so convenient pada sesiapa yang nak window shopping for raya. Selain Suria KLCC ada beberapa kedai di bahagian bawah hotel (Four Seasons Place) juga. Parking senang di basement parking hotel four seasons ni.

Tentang makanan saya tak nak buat review panjang-panjang sebab semuanya superb, decadent & delicious sampai dah tak tau nak pilih yg mana satu sebab semuanya sedap & terliur masyaAllah ?

 

hotel buffet ada lobster guys!

The main attraction kat sini ada Dato’ Fazley Yaacob (Malaysia Masterchef winner), ada station khas untuk beliau masak di depan guest yang order masak lemak cili api. Boleh request dari assistant beliau nak add apa dalam gulai lemak tu kemudian dato’ akn masak & yang paling saya teruja beliau menggunakan cooking torch…his performance & culinary skill never cease to amaze me ???

 

For me everything was cooked to perfection & premium taste (boleh refer pada gambar) and the hotel decoration was excellent & magnifique, sesuai dengan title 5 star hotel ?
Bahagian air minuman, desserts, keropok, satay, lauk pauk, noodle station, seafood galore agak berjauhan di antara satu dengan yang lain so walaupun full house tak nampak crowded & cramp.

Tak perlu beratur panjang ketika mengambil makanan dan sentiasa ditambah sehingga pukul 10pm so thumbs up on that! Terserempak juga dengan Dato’ Vida Qu Putih tengah round cari lauk pauk hehe…
Beralih kepada persekitaran dan suasana…ruangan yang cukup luas untuk setiap famili, not too crowded, ada indoor dan outdoor seating tapi outdoor tu bukan la bermaksud makan di area lobi cuma ianya agak jauh sikit dari area main buffet spread.. agak tenang sikit di sini, alhamdulillah saya & hubby dapat seating kat sini.

Ada surau yang luas dan selesa di tingkat 6A. Staff were very attentive & friendly, quick to respond..pinggan segera diambil dari meja & air sentiasa ditambah. Sambil makan boleh nikmati pemandangan KLCC & bangunan tinggi lain seperti Mandarin Oriental & Grand Hyatt dari dining table je.

Overall I and hubby had a great experience & pada saya yang suka kan kelainan & tidak mahu bersesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk berbuka puasa memang berbaloi tapi terpulang pada citarasa memasing. For me it was an unforgetable one, having the chance to meet face to face with Dato’ Fazley ?

Kredit: fb Salina Zabri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + twenty =

Scroll To Top