aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN W HOTEL KL

Buffet ramadan food review W hotel Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan KLCC seperti yg sedia maklum. Parking senang di basement parking hotel.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Highlight disini semestinya kambing golek, churasco bbq (beef, chicken wing etc) dan beef angus rendang. Kambing yg juicy dipadankan dengan sauce chimchuri dan peppercorn teramatlah sedap dan membuatkan saya mengulang tambah 2 kali hihi. Bbq beef juga cukup tender dan juicy. Beef angus rendang yg super lembut dan cukup sedap merupakan signature hotel sesuai dipadankan dengan nasi beriani telur yg juga enak.

Tidak lupa juga kepada seafood grill yg terdiri daripada slipper lobster, giant squid dan decent sized udang yg dicicah dengan pelbagai jenis sambal seperti sambal kicap dan air asam (ambil dua jenis sauce ini sahaja namun terdapat beberapa option lain). Seafood segar dan dimasak sempurna, still juicy dan sambal kicap sedap dicicah begitu sahaja. Seafood yang dibakar live jadi bila kita ambil masih lagi panas, memang nice.

Ada roti john station, pilihan daripada lobster, lamb, chicken roti john. Saya cuma rasa lobster dan lamb, cukup rasa dan sedap.
Ada station goreng-goreng, tempura mushroom keropok lekor, samosa etc. Saya hanya makna tempura mushroom (berulang kali ulang) sebab sedap sangat hahaha, dicicah dengan thai sauce.

Rojak pasembur station dengan pelbagai pilihan, saya rasa sedikit sahaja sebab perut pun dah agak penuh, kuah pasembur sangat sedap, cukup pedas dan segala rasa yang patut ada.
Beberapa mains yang lain yang tak sempat saya cuba dek kerana kepenuhan ruang di perut seperti nasi ayam panggang (signature juga ni) nasi putih dan pelbagai jenis lauk (pilihan lauk yang banyak ya), satay ayam dan daging, noodle station (curry laksa, asam laksa dan sup), lok lok station (ala-ala yong tau fu). Ada juga sup ekor digandingkan bersama dua jenis roti apa tah nama roti tu lupa pula ?

Beralih kepada counter dessert yg bertemakan buah buahan tempatan. Durian mousse cake yang terlalu sedap, wajib cuba. Yang lain-lain kebanyakan mousse dessert yang okay je. Ada mousse trifle mango and coconut yang saya ulang ambil sebab sedap hehe. Kurma yang di coat dengan pelbagai jenis chocolate so sedap. Ada juga chocolate fountain, kanak-kanak pasti seronok.

Menu air yang pelbagai. Ada air mata kucing yang sedap dan mango shake yang super sedap haha..Cukup pekat memang blended dari mangga dan dicampur dengan susu sejat, letak ice mmg wallah.
Okay kita beralih kepada environment dan suasana ketika bersantap, ruangan yang cukup luas untuk setiap famili, not too crowded, ada indoor dan outdoor seating.
Ada surau yang luas dan selesa di tingkat 3 untuk ladies dan tingkat 4 untuk lelaki. Tiada live show hanya lagu-lagu ghazal diputarkan. Tiada que yang panjang ketika mengambil makanan dan makanan sentiasa direfill sehingga pukul 10 ya so thumbs up. Cuma durian mousse cake tu je saya pergi nak ambil lagi pukul 9 dah gone hahaha. Tak nampak pulak mereka topup lepastu sebab saya pun dah balik. Ada sushi juga, kuih muih melayu tapi saya tak sempat cuba sebab dah kenyang sangat.
 
Overall experience is really nice, adakah berbaloi dengan bayaran tersebut, terpulang kepada pendapat masing-masing tapi bagi saya yang suka makan, memang ya ?.
Staff sangat peramah everytime selisih semua tegur kita. Takde yang saya jumpa sejenis judgemental (certain 5 stars hotel ada ye, sungguh menjengkelkan ?). Head chef, chef su sangat peramah hampir semua guests dia tegur dan perkenalkan diri dan explain about his food.
Bonus points : boleh pergi wet decked dia di tingkat 12 untuk bergambar berlatar belakangkan klcc hihi.
Kredit: fb Fara Wahida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − one =

Scroll To Top