aszulqa.com

sambal tempoyak ikan bilis petai yang tak boleh ditolak! tambah berselera bila ada sambal tempoyak ni…

Apabila musim durian tiba, kebiasaannya durian yang sudah lama, berair dan hampir buruk akan dijadikan tempoyak. Zaman dulu-dulu tempoyak ini tiada harga, dibuat dan disimpan berbulan-bulan di rumah. Tapi zaman sekarang ini, bukan sahaja durian yang mahal…malahan tempoyak juga sudah menjadi ‘harga’. Sebotol tempoyak selalunya tak lari dari harga RM10 ke atas, kebiasaannya orang menjual tempoyak RM20 sebotol di Selangor dan Kuala Lumpur.

Read more

KETUPAT DAUN PISANG…sedap berlemak tapi sangat mudah dibuat, tak perlu pandai menganyam seperti ketupat palas!

Bagi peminat hidangan raya berasaskan pulut mesti mencari-cari menu ketupat palas dan pulut kuning setiap kali raya tiba. Ketupat palas sememangnya popular setiap kali raya. Namun cara pembuatannya agak renyah dan memerlukan kemahiran menganyam daun palas untuk dijadikan ketupat palas. 

Read more

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H…Hari Raya Haji 2022 dapat kita berkumpul lagi

Assalamualaykum,
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H. Alhamdulillah, Hari Raya Haji 2022 tahun ini dapat kita berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara tercinta tanpa sebarang sekatan PKP lagi. Kebetulan pula tarikh hari raya haji 2022 jatuh pada hari minggu, jadi panjang sedikit cuti raya haji tahun ini.

Untuk anak perantauan yang tak dapat pulang beraya di kampung, jangan sedih-sedih jika tak dapat makan daging korban. Pelbagai hidangan daging boleh kita sediakan sendiri dengan resepi dan menu hari raya haji yang lengkap ini

Hari raya haji tahun ini disambut secara bersederhana. Tidak lengkap rasanya raya tanpa rendang, rendang ayam itu seakan sudah menjadi kewajipan setiap kali raya. Ada pula permintaan pulut kuning kukus, maka jadilah juadah pulut kuning bersama rendang ayam untuk menu hari raya haji tahun ini, alhamdulilliah.

 

Untuk resepi rendang ayam dan pulut kuning boleh klik video di bawah. Di dalam video, ada disertakan sekali tips masakan supaya pulut kuning berkilat dan lembut…cantik kejadiannya!

 

Read more

PULUT DURIAN: cara masak pulut guna rice cooker dan santan kotak buatkan pulut lembut berlemak tapi tak berkerak!

Musim durian Malaysia 2022 tiba lagi. Durian runtuh tahun ini menyebabkan harga durian jatuh dan mampu dibeli oleh ramai orang. Durian kampung dijual semurah RM5 sekilo. Dengan harga semurah itu, mesti ramai yang teruja nak beli durian kampung banyak-banyak. 

Selain enak dimakan begitu sahaja, durian kampung boleh dibuat pelbagai kuih tradisional melayu. Antara kuih berasaskan durian adalah seperti kuih seri muka durian, talam durian, cekodok durian, bingka durian dan banyak lagi. Antara resepi durian yang mudah dan cepat disediakan adalah bubur durian dan pulut durian. Jadi untuk entri kali ini, kami akan kongsikan resepi pulut durian dan cara memasak pulut hanya menggunakan rice cooker dan santan kotak sahaja.

 

Bahan-bahan pulut:
4 cawan beras pulut
air (sukatan lihat video)
1 cawan santan + sedikit garam
daun pandan

Cara masak pulut menggunakan rice cooker
-Pulut dibasuh macam biasa dan tak perlu direndam terlebih dahulu
-Masukkan air bersama beras pulut, air hanya paras pulut sahaja (jangan lupa daun pandan)
-Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
-Bila dah masak, keluarkan pulut dan masukkan 1 cawan santan
-Gaulkan pulut dan santan supaya sebati (gaul manja-manja je ye)
-Kemudian masukkan kembali ke rice cooker dan masak sekali lagi
-Dah siap!

Bahan-bahan kuah santan:
500ml santan kotak
garam
daun pandan

Cara masak kuah santan kotak
-Masukkan kesemua bahan dan kacau hingga mendidih
-Kacau seketika kemudian tutupkan api
-Siap!

Bahan-bahan lain:
Isi durian
Gula melaka dihancurkan atau diracik-racik

Hidangkan pulut bersama kuah santan dan gula melaka. Selamat mencuba!

durian saujana utama murah dan durian murah selangor [durian seri seroja]

Jika anda mempunyai kebun atau dusun durian di kampung pastinya anda tidak hairan dengan durian-durian yang dijual di gerai-gerai durian. Apa tidaknya, bila tiba sahaja musim raja buah anda boleh sahaja balik kampung dan menikmati sepuas-puasnya pelbagai jenis durian dengan pelbagai rasa manis, pahit, berlemak ‘creamy’ walaupun tanpa mengetahui jenis dan nama durian tersebut.

 

Namun berbeza dengan penggemar durian yang bergelar warga kota di Selangor dan Kuala Lumpur yang tidak mempunyai dusun durian di kampung, pastinya mereka sangat merindui rasa durian apatah lagi bila tibanya musim durian 2022 Malaysia tahun ini.

Untuk warga Selangor dan Kuala Lumpur, kini anda tidak perlu kempunan nak makan durian lagi kerana dengan harga semurah RM5 untuk sebiji durian, anda boleh dapatinya di gerai Durian Seri Seroja, Saujana Utama Sg Buloh. Untuk mendapatkan harga RM5 untuk sebiji durian, anda perlu membelinya secara longgok iaitu selonggok RM20 dan akan mendapat 4 biji durian kampung yang sedap-sedap isinya.

Read more

Scroll To Top