aszulqa.com

KETUPAT DAUN PISANG…sedap berlemak tapi sangat mudah dibuat, tak perlu pandai menganyam seperti ketupat palas!

Bagi peminat hidangan raya berasaskan pulut mesti mencari-cari menu ketupat palas dan pulut kuning setiap kali raya tiba. Ketupat palas sememangnya popular setiap kali raya. Namun cara pembuatannya agak renyah dan memerlukan kemahiran menganyam daun palas untuk dijadikan ketupat palas. 

Tapi, jangan risau…tanpa kemahiran menganyam ketupat palas anda masih boleh menikmati ketupat berasaskan beras pulut iaitu ketupat daun pisang. Cara membuat ketupat daun pisang ini jauh lebih mudah dan senang berbanding ketupat palas.
Resepi dan cara buat ketupat daun pisang oleh hairul hamid ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:
Beras pulut – 4 cawan
Santan – 2 biji kelapa
Daun pandan – 1 helai
Daun pisang – 1
Garam – Secukup rasa

Cara buat ketupat daun pisang:
– Rendam beras pulut selama 2 jam
– Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan
– Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh
– Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang
– Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit
– Ok siap dah!
– Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu ?
– Selamat mencuba

Resepi kari ayam tanpa santan boleh klik video bawah:

Resepi rendang ayam simple dan sedap boleh klik video bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 6 =

Scroll To Top