aszulqa.com

durian saujana utama murah dan durian murah selangor [durian seri seroja]

Jika anda mempunyai kebun atau dusun durian di kampung pastinya anda tidak hairan dengan durian-durian yang dijual di gerai-gerai durian. Apa tidaknya, bila tiba sahaja musim raja buah anda boleh sahaja balik kampung dan menikmati sepuas-puasnya pelbagai jenis durian dengan pelbagai rasa manis, pahit, berlemak ‘creamy’ walaupun tanpa mengetahui jenis dan nama durian tersebut.

 

Namun berbeza dengan penggemar durian yang bergelar warga kota di Selangor dan Kuala Lumpur yang tidak mempunyai dusun durian di kampung, pastinya mereka sangat merindui rasa durian apatah lagi bila tibanya musim durian 2022 Malaysia tahun ini.

Untuk warga Selangor dan Kuala Lumpur, kini anda tidak perlu kempunan nak makan durian lagi kerana dengan harga semurah RM5 untuk sebiji durian, anda boleh dapatinya di gerai Durian Seri Seroja, Saujana Utama Sg Buloh. Untuk mendapatkan harga RM5 untuk sebiji durian, anda perlu membelinya secara longgok iaitu selonggok RM20 dan akan mendapat 4 biji durian kampung yang sedap-sedap isinya.

 

Menurut pemilik Durian Seri Seroja yang sudah menjalankan perniagaan selama 9 tahun, gerai beliau beroperasi setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam. Durian yang dijual kebanyakannya segar kerana kebiasaannya stok baru akan sampai setiap hari. 

 

Di sini durian kampung murah-murah, pilih sahaja mana yang anda berkenan. Harga durian kampung berbeza mengikut saiznya. Selain durian kampung, pelbagai jenis durian lain juga ada dijual seperti durian musang king, udang merah, durian ioi, durian D24 dan durian XO.

 

Jika anda nak durian murah boleh beli secara longgok seperti durian udang merah saiz kecil RM50 untuk 4biji manakala durian udang merah saiz sederhana atau durian ioi dijual RM50 untuk 3 biji. Jika anda sukakan yang lebih premium boleh beli secara timbang, pendek kata tepuk dada tanya selera. Harga yang dinyatakan di atas adalah harga terkini pada Julai 2022 dan akan berubah-ubah mengikut musim.

 

Pernah tak anda dengar durian Tekka?
Durian Tekka jarang dikenali seperti durian musang king. Disebabkan ia tidak popular seperti durian musang king jadi mungkin ramai yang masih belum mengetahui kesedapan durian tekka ini. Durian tekka juga dikenali sebagai musang queen. Jadi, jika anda berkunjung ke kedai makan durian Seri Seroja ini, jangan lepaskan peluang untuk membeli durian tekka semurah RM30 sekilogram. Dengan rasanya yang ‘mewah’, manis berlemak dan pahit di hujungnya pasti membuat anda terbayang-bayang nak merasainya lagi di lain kali. Jadi sementara harga durian masih murah bolehlah anda membelinya berulang kali. Perhatikan bentuk durian tekka yang berbeza daripada durian lain seperti di bawah ini:

 

Selain durian tekka, di sini juga ada dijual durian raja kunyit. Mendengar namanya sahaja dah boleh buat terliur! Dah terasa-rasa kesedapannya di tekak ni.

Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai serbu ke durian murah Saujana Utama Sg Buloh di Durian Seri Seroja. Lokasinya terletak berhadapan KFC Saujana Utama dan untuk datang ke gerai durian Seri Seroja boleh waze ke Masjid Saujana Utama. Untuk sebarang update terkini durian boleh ke fb Seri Seroja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 9 =

Scroll To Top