aszulqa.com

Ungkep daging resepi daging masakan jawa…rasa berempah!

Resepi daging ungkep ini adalah resepi daging masakan jawa. Resep daging ungkep jawa ini kaya dengan rasa rempah dan masakan ini tidak menggunakan santan. Boleh dikatakan rasanya seakan-akan rendang tapi bukan dia…hihiiii. Sesiapa yang belum pernah merasa ungkep daging ini pasti menekanya sebagai rendang, tetapi kemudiannya akan keliru kerana rasanya tak sampai macam rendang disebabkan tiada santan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Ungkep daging boleh dimakan bersama nasi putih, nasi himpit, lontong ataupun lemang. Resepi daging ini adalah perkongsian dari fb Norazlina Mohamad dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah Dan Sedap.

BAHAN A
Bahan Kisar:
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
5 tangkai cili kampung / cili api (nak pedas berasap sila tambah cili)
3 sdb ketumbar
2 sdb jintan manis
(Ketumbar, jintan blend jangan halus sangat)
1 inci halia
1 inci kunyit
Bahan Lain:
1 kg daging
Garam secukup rasa
1 sdb gula
1 cwn air
Minyak
2 batang serai (diketuk)

Cara memasak daging ungkep:
-Blender bahan A hingga lumat, kemudian gaulkan dengan daging dan biarkan sekejap (perap sekejap)
-Panaskan minyak dan tumis serai yang diketuk tadi sampai agak layu
-Tumis hingga naik bau
-Masukkan daging
-Tutup dan kecilkan api sedikit, jika kering dan daging belum empuk sangat boleh masukkan sedikit air.
-Perasakan garam gula.
-Masak hingga kering. Siap dan MasyAllah sedap.
-Enak dimakan dengan nasi atau lontong, ikut suka.

Kredit : Norazlina Mohamad.

Selain ungkep daging, ungkep juga sesuai dimasak bersama. Lihat resepi ungkep ayam di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 6 =

Scroll To Top