aszulqa.com

resepi daging goreng kicap pedas dan lazat…lauk simple tapi sedap!

Anda ada daging kat rumah dan nak masak resepi daging mudah dan sedap? Apa kata masak daging goreng kicap pedas yang simple dan senang dibuat ini.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Bahan-bahan:
-1kg daging batang pinang (dibersihkan, kemudian dipotong nipis-nipis tapi kepingan lebar-lebar ye)
-Kemudian daging yg telah siap di potong di garamkan sedikit & dikunyitkan sekata..seterusnya digoreng hingga garing.. angkat dan toskan.. ketepikan
Bahan-bahan tumbuk atau kisar:
1 inci halia
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Bahan-bahan lain:
5 sudu besar cili blend
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos seafood adabi
3 sudu besar sos tomato
1 biji bawang holland- potong gegelang
11 biji cili akar – kerat dua
Garam & gula secukup rasa
Aji- optional
Minyak masak secukupnya

Cara masak daging goreng kicap
– Panaskan sedikit minyak dalam kuali…tumis bahan-bahan kisar bersama cili kisar hingga ianya garing…
– bila dah garing masukkan semua sos, kicap, garam & gula serta aji (sekiranya anda guna aji).. kacau sekata..
– selepas 2 – 3 minit masukkan daging yg telah digoreng bersama bawang holland & cili akar.. kacau hingga sayur kacang panjang kelihatan telah empuk.. rasa.. kalau dah cukup rasa.. tutup api.. siap..???

Selamat mencuba!
Kredit: fb Adnilsam Apat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × five =

Scroll To Top