aszulqa.com

pasar pagi jumaat wakaf bharu, tempat menarik di kelantan

Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi tumpuan untuk bercuti di Kelantan selalunya tertumpu kepada tempat makan menarik dan kawasan pasar. Kelantan sememangnya terkenal dengan banyak pasar menarik kerana bahan jualannya yang pelbagai yang hanya boleh didapati di Kelantan sahaja dan juga harganya yang murah.

Antara pasar yang wajib anda kunjungi apabila datang ke Kelantan ialah Pasar Siti Khatijah, Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Pasar Berek 12 dan banyak lagi. Pasar pagi Jumaat Wakaf Bharu juga tidak kurang menariknya. Pasar pagi Jumaat Wakaf Bharu hanya terletak 5km sahaja dari bandar Kota Bharu.

Wakaf Bharu merupakan sebuah bandar satelit dan daerah di Jajahan Tumpat, Kelantan. Pasar terbesar di sini ialah Pasar Wakaf Bharu yang terdiri daripada pasar basah dan pasar kering. Pasar Wakaf Bharu dibuka setiap hari menjual bahan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayura dan sebagainya. Pasar Wakaf Bharu akan sesak dan sibuk pada setiap pagi Jumaat kerana adanya  “Pasar Jumaat” ini. Peniaga akan memasang khemah jualan di sepanjang jalan sekitar Pasar Besar Wakaf Bharu untuk memasarkan bahan jualan mereka di Pasar Pagi Jumaat Wakaf Bharu.

Tonton video di bawah sampai habis untuk lihat suasana Pasar Pagi Jumaat Wakaf Bharu yang sentiasa sesak dengan ramai orang:


 

Kuih muih semurah RM1 untuk 3 biji masih wujud di Kelantan. Sangat murah dan sedap, kuih semurah itu memang mustahil untuk didapati di KL mahupun Selangor pada zaman ini dek kerana kenaikan harga tepung dan telur. Ada juga kelihatan satay dan ayam madu.

   

 

Minuman viral seperti air boba juga boleh didapati di sini. Selain minuman boba, pelbagai minuman menarik lain seperti coconut shake, strawberi, teh beng (teh ais), kopi beng (kopi ais), carrot susu dan pelbagai jenis air balang boleh dipilih menurut selera anda.

   

 

Pelbagai jenis buah juga ada dijual di sini seperti limau, mangga, oren dan sebagainya. Pisang kaki dijual selonggok murah seperti gambar di bawah. Pelbagai jenis kekacang rebus sangat laku keras apabila tibanya musim hujan di hujung tahun.

  

 

Jadi jika anda bercuti ke Kelantan, jangan lupa untuk masukkan Pasar Pagi Jumaat Wakaf Bharu ke dalam senarai tempat untuk anda kunjungi kelak. Selamat bercuti, cuti-cuti Malaysia!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − six =

Scroll To Top