aszulqa.com

Mozer’s Bukit Jelutong dah berpindah?! [Tempat Makan Best di Shah Alam]

Bagi yang masih mencari-cari tempat makan best di Shah Alam, mungkin boleh mempertimbangkan Mozer’s di Bukit Jelutong. Sebelum ini Mozer’s Bukit Jelutong terletak di Jalan Serambi, Bukit Jelutong. Namun bermula Januari 2021 Mozer’s dah berpindah ke D’Vida Bukit Jelutong.

Sis sendiri pun tak tahu menahu yang Mozer’s dah berpindah ke D’Vida, al-maklumlah sejak pkp ni sis takut sikit nak makan luar. Banyaknya masak di rumah, homemade lagi enak & bersihlah katakan. Oh ya! nak tahu sis masak apa kat rumah, jemputlah SUBSCRIBE youtube channel sis ni ye.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Kisahnya, awal tahun 2021, sis pun teringin lah nak bawak family makan Mozer’s. So sis pun pergilah ke tempat kebiasaan Mozer’s itu berada iaitu di Jalan Serambi. Sampai-sampai je kat Mozer’s…..gelap gulita tempat tu. Dah naik banner Zam-zam restaurant pulak. Ah! sudah…dah tutup ke Mozer’s ni akibat pkp? Kami pun beredar la dari situ dengan kecewanya. Dah satu hal pula, nak fikir nak cari tempat makan best lain kat Shah Alam. Anak-anak cadangkan ke Dondai aje.

Dalam perjalanan ke Dondai tu, kami lalu kat D’Vida & nampak D’Vida terang bercahaya & happening luar dari kebiasaan malam tu. So hubby cakap, kita g pusing kat shoplot D’Vida japlah, tengok apa yang happening sangat tu.

Ok, first lalu kat restoran Zawara Coffee Bukit Jelutong dulu tu, dah lama tutup pun. Sekarang shoplot Zawara Coffe dulu tu dah renovate jadi event place dah. The Hide Out nama tempat tu. Memang bercahaya & penuh parkinglah malam tu sebab ada event sanding. No wonder! Kami lajak ke depan sikit & nampak corner lot shoplot tu terpampang nama MOZER’S. Ke main besar lagi…atas bawah shoplot tu dia punya. Apa lagi, anak-anak pun happy lah sebab dah nampak Mozer’s tu kan. Nasib baik la sangkaan kami salah, dia bukan tutup tapi dia berkembang lagi besar. rupanya. Takde la kami kempunan nak makan makanan Syria lepas ni. Jadi tak perlulah lagi kami nak bersusahpayah google tempat makan best lain kat shah alam ni.

betul-betul depan simpang 3 ni

Sebenarnya Mozer’s ni ada 2 cawangan, satu lagi di Plaza Damas, Hartamas. Dan sebelum itu ada lagi satu Mozer’s Subang Parade, tapi Mozer’s Subang Parade ni dah pun tutup cawangannya. So, yang tinggal sekarang adalah Mozer’s Bukit Jelutong & Mozer’s Plaza Damas.

Mozer’s ni adalah restoran makanan berasaskan masakan Syria. Apa yang dikatakan dengan masakan Syria ni?

Masakan Syria merupakan campuran masakan tradisi kuliner orang Arab, Mediterranean dan Kaukasia. Dan masakannya ada pelbagai jenis menggunakan bahan-bahan asas seperti zucchini, terung, bawang putih, daging (biasanya kambing) beras, madu, minyak zaitun, kacang, biji, lentil,daun anggur, timun, tomato, jus lemon, pistachios dan buah-buahan. Hidangan Syria secara asasnya mempunyai rasa masin, masam & pedas. Selain penggunaan garam dalam proses memasak, keju air garam digunakan secara meluas di sini. Jus lemon juga digunakan secara meluas di dalam hidangan Mediterranean. Selain itu rempah merah juga digunakan bagi menambah rasa limau untuk salad & daging dalam hidangan Syria.

Ok, dahlah bercerita itu ini kan. Mesti korang dah tak sabar-sabar nak tahu Mozer’s menu. [Update terkini: harga & menu Mozer’s 2022] klik bawah

Disebabkan kekenyangan, churros yang kami order tak dapat nak dihabiskan. Perut dah full tank. Total kami makan untuk 4 orang lebih kurang RM90.

lagi besar & lagi cantik dari lokasi lama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − twelve =

Scroll To Top