aszulqa.com

asam pedas pari resepi…tengok gambar pun dah kecur air liur, belum buat lagi!

Suami orang melaka, dapat makan asam pedas ikan pari memang tak pandang dah lauk lain. Resepi asam pedas ikan pari oleh Sue Ninie‎ ini telah mendapat banyak share di  Resepi Viral Mudah dan Sedap, rugi jika anda tak cuba.

Bahan-bahan:
1 biji tomato potong 4
1/2 cwn air asam jawa
tangkai daun kesum
3 cawan air
Satu senduk kecik minyak masak
20 tangkai cili kering (kalo ikan Lebih, Lebih kan cili kering)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Lengkuas besar ibu jari (diketuk)
Serai sebatang dititik

Cara masak asam pedas pari:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukan serai
Masukan lengkuas
Masukkan ikan daun kesum, dan bendi biarkan sehingga mendidih
Masukan garam serbuk perasa gula skit
Masukkan tomato perlahankan api biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut 

Kredit : Sue Ninie‎

Selain ikan pari, ayam juga sedap dimasak asam pedas. Boleh lihat tutorial cara masak asam pedas ayam seperti di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 1 =

Scroll To Top