aszulqa.com

7 Hipster Cafe Bukit Jelutong @ Kedai Western Bukit Jelutong [KAFE HIPSTER SHAH ALAM]

7 cafe hipster Bukit Jelutong, Shah Alam ini menyajikan pelbagai jenis makanan Barat @ Western food dan coffee ala starbucks. Jika hanya sekadar ingin lepak santai boleh sahaja minum coffee bersama pelbagai pilihan pastri dan kek yang ada. Kepenatan bekerja dapat dihilangkan sebentar dengan makanan, minuman juga persekitaran ID kafe yang menarik dan selesa untuk disinggahi. Jika datang ke Bukit Jelutong mungkin boleh mempertimbangkan untuk singgah ke salah satu cafe hipster yang telah kami senaraikan di bawah:

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

 

The Hideout Cafe Bukit Jelutong

Antara kafe hispster yang terawal dan sering dikunjungi ramai di Bukit Jelutong ialah The HideOut Cafe. The HideOut Kafe terletak di shoplots D’Vida. Lokasinya agak terkebelakang sedikit daripada parking kereta.

Anda akan menjumpai Kafe The Chak’Z 1964 terlebih dahulu, jalan sedikit ke belakang maka jumpalah The HideOut cafe ini. Ada ruang luar dan ruang dalam kafe yang berhawa dingin. Lantai ruang luar adalah ‘decking’ kayu, sesuai untuk yang nak lepak santai sambil makan.

Ada pelbagai menu western dan semestinya pelbagai coffee ditawarkan disini. Tak lupa juga dessert seperti kek dan pastri.

Alamat:
The Hideout Cafe Bukit Jelutong,
1-G-03 Jalan Bazaar U8/101A
D’Vida Business Centre, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor

 

 

The Chak’z 1964

Kafe Chak’z 1964 mempunyai 3 cawangan di Malaysia. Selain Chak’z Bukit Jelutong ada 2 lagi cawangan lain iaitu Chak’z Cyberjaya dan Chak’z KLCC.

Western food patut dicuba di sini ialah burger dengan homemade patty. Selain itu ada juga pelbagai menu western lain  seperti steak, sandwich dll. Masakan melayu seperti nasi goreng pun ada juga kat sini.

Alamat:
The Chak’z 1964 Bukit Jelutong,
 1-G-02, Floor G,
Blok 1 D’Vida Shop Office,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.

 

 

The Third Letter

Cafe hipster The Third Letter yang terletak di Bukit Jelutong ini menawarkan pelbagai Western food seperti salad, pasta, pizza, grill dan terdapat juga Asian menu seperti nasi lemak, nasi goreng dll. 

Alamat:
The Third Letter Coffee,
No 2, Jalan N U8/N,
Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur,
40150 Shah Alam, Selangor

 

 

Halal Planet Coffee Bukit Jelutong

Halal Planet Coffee masih baru lagi bertapak di Bukit Jelutong, iaitu sekitar tahun 2021. Halal Planet Coffee menawarkan pelbagai menu coffee berasaskan gula melaka, inilah uniknya menu cafe hipster ni berbanding kafe hipster lain. Boleh order coffee bersama pastri juga. Makanan berat tidak ditawarkan di kafe ini.

Selain Halal Planet Coffee Bukit Jelutong ada beberapa lagi cawangan Halal Planet Coffee iaitu di SACC Mall Shah Alam, Alam Budiman, Bangi, Taman Melawati, Semenyih dan Melaka. Wah! boleh tahan banyak juga ya cawangannya. Gambar di atas adalah Halal Coffee yang terletak di Bukit Jelutong Timur sebelum berpindah ke lokasi baru pada November 2022. Lokasi terbaru Halal Coffee Bukit Jelutong ialah di Suria Jelutong.

Kafe hipster Bukit Jelutong yang baru berpindah ini terletak di dalam Restoran Kapten Malaya Cafe. Anda boleh sahaja memesan sebarang coffee sambil menikmati pelbagai makanan yang ditawarkan oleh restoran ini. 

Alamat:
Halal Planet Coffee Bukit Jelutong
di Kapten Malaya Cafe,
R20 Suria Jelutong,
Jalan Bazar U8/99,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam.

 

 

Kopi Mesin Bukit Jelutong

Kopi Mesin Bukit Jelutong terletak di Shoplots Radia Bukit Jelutong. Menawarkan pelbagai jenis coffee, pastri, kek dan hidangan Barat @ Western food.

Dekorasi kafe yang instagrammable sesuai untuk ber ‘OOTD’ walapun ruang dalamnya agak terhad. Selain Kopi Mesin Bukit Jelutong terdapat banyak lagi cawangan lain Kopi Mesin di negeri Kelantan, Perak, Terengganu dan Melaka. Di setiap negeri bukan setakat ada satu cawangan sahaja tetapi beberapa cawangan ya. Kopi Mesin di Selangor ada 2 cawangan, selain di Bukit Jelutong satu lagi cawangan adalah Kopi Mesin Putrajaya.

Alamat:
Kopi Mesin Bukit Jelutong,
G26, Radia Commercial,
Persiaran Arked, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.

 

 

Ricchiamo Coffee Bukit Jelutong

Seperti cafe hipster lain, Richiamo Coffee juga mempunyai banyak cawangan lain di negeri Johor, Kedah, Melaka, Perak dan Kedah.

Alamat:
Richiamo Coffee Bukit Jelutong,
R15 Suria Jelutong,
Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.

 

 

One Serambi Cafe

Zaman sekarang ini kafe hipster atau kafe moden ini bukan sahaja digemari oleh golongan muda, malahan juga sering dikunjungi oleh pelbagai peringkat umur pelanggan termasuklah warga emas. Kebanyakan pelanggan gemarkan suasana kafe moden yang ‘cosy’, santai dan dekorasi yang menarik. One Serambi Cafe adalah salah satu kafe yang sangat cosy, santai dan banyak instagrammable port. Sesuai untuk yang suka ber OOTD.

 Ada pelbagai menu pilihan termasuk western food. Boleh memesan sebarang coffee kegemaran anda sambil bersantai di sini.

Alamat:
One Serambi Cafe,
1-G, D’bayu Commercial Centre,
Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − 7 =

Scroll To Top