aszulqa.com

rendang telur resepi viral mudah dan sedap

Adakah anda buntu tidak tahu untuk masak apa lagi dengan telur? Asyik-asyik masak telur dadar dan telur rebus pun bosan juga kan. Apakata cuba resipi telur yang sedikit ‘advance’ iaitu resipi rendang telur. Sedap dimakan bersama pulut kuning mahupun nasi putih. Resipi rendang telur ini adalah perkongsian daripada Siti Anah Saleh dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.


BAHAN-BAHAN rendang telur:
*telur anggaran 30 biji rebus (digoreng, tapi tak goreng pun boleh)
*serai 5 batang
*halia 2 inci
*lengkuas 2 inci

*11 ulas bawang merah
* cili kering / cili api ikut suka banyak mana
* 2 sudu makan rempah kari daging babas (rempah rendang jenama ape ikutlah)
* 1 sudu makan serbuk jintan manis
* 2 sudu makan kerisik
* 1/2 cawan santan kotak (mak memang guna santan tak banyak)
* 2 helai daun kunyit
* asam keping
*gula
*garam 


CARA MASAK rendang telur:
-bawang, halia, lengkuas, serai dan cili diblend tambah sekali sehelai daun kunyit..yang lagi sehelai tu untuk hiris-hiris nanti bila rendang dah siap masak
-tumis bahan yang diblend agak-agak wangi masukkan rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis
-masukkan santan, asam keping gula & garam…tambahkan sikit air letak asam keping masukkan kerisik, dah mendidih kuat…perlahankan api masukkan telur..terpulanglah nak kuah banyak ke kuah kering

-Taburkan hirisan daun kunyit yang tinggal sehelai tadi tu…..dh siap!
Selebihnye air tangan memasing…..???


Kredit Resepi : Siti Anah Saleh 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + 1 =

Scroll To Top