aszulqa.com

NASI GORENG 3 MINIT & 3 BAHAN SUPER SENANG Untuk Bekal Anak ke Sekolah (Super Simple & Super Jimat)

Nasi goreng 3 minit & 3 bahan  yang super senang, simple & sedap ini amatlah sesuai untuk dibuat bekal anak ke sekolah. Ibu-ibu tak perlu pening kepala nak fikir resepi yang komplikated dan memakan masa yang lama untuk berada di dapur. Mungkin ada juga ibu-ibu yang sedang mencari idea bento bekal sekolah anak, bolehlah menggunakan resepi ini yang kemudiannya boleh dihias mengikut kreativiti bento masing-masing.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Anda tak mungkin gagal untuk masak ikut resepi nasi goreng super senang, simple & sedap ni. Inilah jawapan pada ‘nasi tak habis nak buat apa?’. Nasi yang tidak habis semalam jangan dibuang, boleh disimpan untuk buat masak sarapan pagi atau bekal anak-anak ke sekolah. Cara masak & cara buat nasi goreng ini adalah semudah A,B,C malah lebih mudah dari memasak resepi nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng cili padi, nasi goreng ikan masin, nasi goreng tomyam, nasi goreng USA atau nasi goreng ikan bilis.

Masa yang diperlukan hanya 3 minit & bahan yang diperlukan cuma 3 bahan. Mudah & jimat bukan?

 

BAHAN-BAHAN:

  1. Nasi
  2. Bawang putih (diracik atau ditumbuk)
  3. Telur

 

CARA MASAK

  1. Panaskan minyak & pecahkan telur. Sebelum telur garing, terus kacau-kacaukan telur tadi
  2. Kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  3. Setelah itu masukkan nasi dan gaul sebati. Sebelum matikan api, perasakan nasi goreng tadi dengan garam bukit.

 

 

Nasi goreng anda dah siap & bolehlah dihidangkan. Nak lebih berkhasiat boleh taburkan chia seed, nak lebih sedap bolehlah dimakan bersama sebarang lauk lain, atau se simple makan dengan nugget sahaja. Selamat mencuba resepi nasi goreng 3 minit & 3 bahan ini!

 

Nak tengok cara masak @ cara buat nasi goreng ni? SUBSCRIBE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 12 =

Scroll To Top