aszulqa.com

Resepi Tauhu Telur @ tofu telur

Sedap rupanya tauhu telur @ EGG TOFU ni! 

Orang bujang, bapa budak pun boleh follow resepi simple kat bawah ni untuk masak…inikan pula mak budak kan.

Cara masak pun simple & senang tapi hasilnya sedap & mengenyangkan ‼️

BAHAN-BAHAN
-2 batang egg tofu @ tauhu telur
-tepung gandum/ tepung jagung
-serbuk lada hitam
-carrot (potong kecil)
-daun sup (dihiris)
-1 biji bawang merah (dihiris mayang)
-1 biji bawang putih (dihiris mayang)
-1 biji telur
*Sayur lain yang boleh diguna seperti cendawan shitake & brokoli (lagi sedap kalau masuk ni, saya tiada stok time buat ni)

CARA MASAK SUP TAUHU TELUR 
1.Mula-mula potongkan tofu kemudian salutkan dengañ tepung gandum & goreng
2.Dah siap goreng ketepikan dahulu seketika
3.Tumis bawang merah + bwg putih hingga layu kekuningan kemudian masukkan potongan carrot dan kacau seketika
4.Masukkan air, kalau nak kuah banyak masukkan lebih…kalau nak kuah pekat masukkan sikit
5.Bila mendidih masukkan serbuk lada hitam & kacau biar mesra
6.Pecahkan 1 biji telur dalam periuk & kacau-kacaukan dengan cepat supaya telur hancur
7.Kemudian perasakan dengan garam bukit
8.Bolehlah masukkan tofu goreng tadi, kacau manja-manja jap…jangan kasar-kasar nanti pecah tofu tu
9.Taburkan hirisan daun sup
10.Sedap dimakan bersama nasi putih ataupun dihirup begitu sahaja

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 2 =

Scroll To Top