aszulqa.com

Resepi Pajeri Nenas Mak Mertua: Macam Lauk Kenduri…Sedap!

Resepi Pajeri Nenas dari Mak Mertua yang macam lauk kenduri ni dah lama sis dapat, berbelas tahun yang lalu. Selalu sis pakai resepi ni je, tak pernah pakai resepi pajeri nenas yang lain sebab memang dah terbukti sedap & disukai sesiapa sahaja jika sis hidangkan menu kampung tradisi ni. Baru sekarang sis rasa terbuka hati nak share kat korang resepi pajeri nenas kenduri, jadi rugilah siapa yang tak ambil peluang untuk cuna resepi pajeri nanas ni.
Rasanya yang berempah, ada juga rasa kari tetapi ada manis semulajadi dari buah nenas memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, jika digandingkan dengan ikan kering pun dah boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan. Inikan pula jika dimakan bersama sambal belacan, ulam-ulaman & ikan goreng…ish, menaip ni pun dah rasa kecur air liur!
Resepi pajeri nenas tanpa udang kering ni memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang alergik dengan udang kering terutamanya penghidap resdung, ada alergik gatal-gatal badan pun eloklah jangan dimakan udang kering. Tiada masalah pun tiada udang kering, sebab tetap boleh menjadi dengan sedapnya.
Masakan melayu kampung macamni selalunya susah dah nak dapat kat kedai makan, jarang-jarang sekali kita jumpa. Kalau lauk kenduri pun beruntunglah kalau dapat jumpa menu kampung tradisi macamni. Tambah-tambah musim pkp 2.0 ni tiada kenduri, lagilah kempunan nak merasa pajeri nenas bagi sesiapa yang suka sangat dengan masakan melayu kampung macamni. Jangan risau, masakan sedap tapi simple ni boleh di masak sendiri di rumah korang, just follow betul-betul resepi kat bawah ni & kalau nak lebih faham dan jelas tengok tutorial cara memasak pajeri nenas sini
BAHAN KISAR @ BLENDER
-1 biji bawang merah besar
-2 ulas bawang putih
-1 inci halia
BAHAN LAIN
-1/2 biji nenas (dipotong-potong)
-2 tangkai daun kari
-4 sudu besar rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
-3 biji bunga lawang
-1 batang kayu manis
-segenggam kerisik
-sedikit santan
CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak & masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari dan kacau
2.Kemudian tumiskan kesemua bahan kisar & bancuhan rempah kari
3.Masak hingga pecah minyak
4.Setelah pecah minyak, masukkan air secukupnya & kacau sebati
5.Masukkan 1 sudu teh garam bukit & 1 sudu besar gula (*optional)
6.Masukkan kesemua potongan nenas & kacau sebati
7.Masukkan sedikit santan kotak, kacau sebati
8.Kemudian masukkan kerisik, kacau sebati
9.Biarkan seketika, kemudian bolehlah ditutup api
10.Sedia untuk dihidang!
Scroll To Top