aszulqa.com

5 Resipi Biskut Raya Popular, Mudah dan Sedap (Resepi Viral Mudah & Sedap)

Bila raya menjelang tiba, maka ramailah yang mencari resepi biskut raya. Walaupun dah biasa buat, kadang-kadang terlupa juga resepi bila buat sekali atau dua kali je setahun biskut raya ni. Jadi kat sini kami kumpulkan 5 resipi biskut raya popular, mudah & sedap yang sentiasa dicari bila tiba musim raya.

5 biskut raya resepi viral mudah dan sedap
1] TART NENAS
2] SEMPERIT SUSU 3 bahan
3] SWISS TART HAZELNUT NUTELLA
4] BISKUT ARAB SUSU
5] CHOC CHIPS COOKIES

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

1] RESEPI TART NENAS
Resepi tart nenas gulung yang gebu gebas, mencair di mulut sentiasa dicari bila tiba musim raya. Tart nenas yang gebu gebas sangat sedap ini selalunya menjadi biskut raya evergreen dari dulu sampai sekarang. Kalau dibuat jualan, tart nenas ini sentiasa laris dan dicari orang. Selalau kami kalau tak sempat buat, dapat beli pun jadilah…asalkan ada tart nanas sebagai hidangan di atas meja pada hari raya.

Cumanya adat membeli ni biasalah, kalau nasib elok dapat yang gebu gebas sedap tapi kalau nasib tak elok dapat yang keras dan manis sangat pula inti nenasnya. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan membeli, jomlah kita buat sendiri tart nanas ni. Daripada resepi tart nenas ni, kita boleh adjust lagi ikut selera tekak sendiri. Salah satu tips membeli inti tart nenas yang sedap, belilah inti tart nanas yang PREMIUM…sebab kalau beli yang biasa selalunya lebih manis sebab gulanya lebih daripada isi nenas itu sendiri. Tapi kalau nak yang lebih kena dangan selera tekak kita, eloklah juga dibuat sendiri inti tart nenas itu.

Resepi tart nenas sukatan cawan yang kami kongsikan ini lebih mudah & praktikal untuk orang yang tiada alat penimbang kat rumah. Walaupun kami ada alat penimbang, kami lebih suka menggunakan resepi tart nenas sukatan cawan ni…cara mudah ada, buat apa cari cara susah kan.

 

BAHAN-BAHAN tart nenas sukatan cawan
-250g pure butter (guna pure butter baru sedap gebu)
-2 biji kuning telur
-1 st esen vanila
-1 sb susu pekat manis
-2 sb minyak sapi @ ghee
-1/4 cawan tepung kastard (diayak)
-1/4 cawan tepung jagung (diayak)
-1/2 cawan susu tepung
-2cawan
-3cawan tepung gandum (masukkan sikit-sikit, kena pandai adjust tengok ADUNAN melekat ke tak & lembut sebelum masuk acuan tart)

*bancuhan telur kuning untuk sapuan atas tart nenas
-1 biji kuning telur + sikit pewarna kuning dipukul bersama

 

TUTORIAL CARA BUAT tart nenas sukatan cawan sila klik bawah

2] SEMPERIT SUSU 3 Bahan
Selain tart nenas, semperit juga antara resepi biskut raya evergreen yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Ada 2 jenis semperit iaitu semperit klasik & semperit susu. Untuk resepi biskut raya evergreen kalini kami kongsikan resepi biskut semperit susu 3 bahan sahaja. Banar! hanya 3 bahan dah boleh hasilkan semperit susu yang lembut & mencair di mulut.

Semperit susu 3 bahan ini juga  hanya menggunakan sukatan cawan, mudah & cepat dihasilkan.

BAHAN-BAHAN biskut semperit susu sukatan cawan
-2 cawan tepung jagung
-1 cawan butter
-8 sudu besar susu pekat (1/4 cawan) yang ni terpulang..ikut kemanisan yang korang nak

 

TUTORIAL CARA BUAT semperit susu 3 bahan sukatan cawan sila klik bawah

3] RESEPI SWISS TART HAZEL NUTELLA
Resepi swiss tart hazell nutella ini adalah inspirasi daripada resepi swiss tart hazel nutella Azlina Ina. Cumanya resepi swiss tart hazel nutella sukatan cawan ini lebih mudah diikuti, senang nak sukat guna cawan je kan.

BAHAN-BAHAN swiss tart hazelnut Nutella
-200g hazelnut (bakar dahulu)
-1 1/2 cawan tepung jagung (ayak dahulu)
-2 cawan tepung gandum (ayak dahulu)
-1/2 cawan susu tepung (optional-nak ayak boleh, x ayak pon xpe)
-2 1/2 cawan butter (kami guna buttercup je)
-3/4 cawan gula aising
-1 st esen vanila
-1/2 cawan coklat rice
-nutella

TUTORIAL CARA BUAT Swiss tart hazel nutella sila klik bawah

4] RESEPI BISKUT ARAB SUSU
Biskut arab susu ni sangat sedap lemak-lemak susu dan mencair di mulut kerana ada gabungan susu & minyak sapi di dalamnya. 

BAHAN-BAHAN biskut arab susu
-1 cawan minyak sapi @ ghee
-1 cawan gula aising
-1/2 cawan susu tepung
-2 cawan tepung gandum
-ceri (dipotong kecil-kecil)

 

TUTORIAL CARA BUAT biskut arab susu klik bawah

5] RESEPI CHOC CHIP COOKIES
Choc chip cookies ni bukan sahaja boleh dibuat biskut raya, malah juga boleh dimakan tak mengira musim. Boleh buat dan simpan untuk minum petang, untuk kudap-kudap ataupun isi perut breakfast di pagi hari. Lebih nikmat jika dimakan panas-panas keluar dari oven kemudian dicicah dengan pula dengan susu.

BAHAN-BAHAN chocolate chip cookies
-1 cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu, kemudian biarkan sejuk seketika)
-1 1/2 cawan gula perang
-1 cawan gula
-2 biji telur
-1 st esen vanila
-1 sb tepung jagung (diayak)
-3 cawan tepung gandum (diayak)
-1 st baking soda (diayak)
-1/2 st garam bukit (diayak)
-1 cawan chocolate chip @ coklat chip (nak lebihkan pun boleh) *sukatan biskut ini memang manis, kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sukatan gula

 

TUTORIAL CARA BUAT choc chips cookies sila klik bawah

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 3 =

Scroll To Top