aszulqa.com

resepi pau goreng kacang merah boleh buat meniaga

Tidak perlu lagi google pau goreng inti kacang merah near me, kerana kini anda boleh buat sendiri pau goreng kacang merah menggunakan resepi ini. Resepi pau goreng kacang merah oleh Noor Baini Bakar ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

?BAHAN-BAHAN

?Bahan Pau:
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung
110 gm air

?Cara buat pau goreng kacang merah:
1. Untuk membuat kulit pau pula, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 30 minit dlm breadmaker
3. Bentuk doh bulat2 setiap satu menjadi 40gm… Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
5. Kemudian isikan intinya(inti tu saya beli dekat bakery)dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.

Kredit: Noor Baini Bakar

Selain resepi pau goreng kacang merah, anda juga boleh mencuba resepi kuih muih As Zulqa seperti resepi kuih bakar di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + 2 =

Scroll To Top