aszulqa.com

DAGING DENDENG Resepi daging sedap untuk Menu Hari Raya Haji

Daging dendeng antara resepi daging sedap untuk dimasak sempena menu hari raya haji. Walaupun begitu, proses memasaknya mengambil masa yang lama dan agak renyah. Dagingnya perlu digoreng kemudian ditumbuk kasar menggunakan alu lesung, proses inilah yang memakan masa dan tenaga. Tapi setelah siap dimasak memang sedap dan berbaloi! Namun jangan risau, sekiranya anda tiada masa atau tidak rajin untuk memasak daging dendeng ini, anda boleh sahaja membeli daging dendeng segera yang banyak terdapat di pasaran.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Masakan daging dendeng ini selain sedap ia juga boleh disimpan lama kerana tiada penggunaan santan dalam resepi. Rasa berempah, pedas, manis dan masin disetiap gigitan lauk ini menyebabkan ia digemari ramai. Sesuai dijadikan lauk dan boleh juga dimakan dengan lemang.

Perkongsian resepi daging dendeng oleh fb Cik Puan Julieta ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
* 1/2kg Daging – potong nipis
* 1 labu bawang besar – dimayang halus
* 4 biji bawang merah – dimayang halus
* 3 ulas bawang putih – dimayang halus
* 1 inci halia – dimayang halus
* 2 batang serai
* 3 helai daun limau purut
* Kulit kayu manis
* Bunga lawang
* 1 senduk cili blend
* 1/2 cawan kicap cap kipas udang
* Sedikit air asam jawa
* Air rebusan daging

Cara masak daging dendeng:
1. Daging dipotong nipis dan kemudian rebus hingga lembut. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk satu-satu hirisan daging tadi
2. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar, jangan terlalu lama nanti daging keras. Ketepikan
3. Tumis bahan yang dimayang halus sampai garing kemudian angkat
4. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai, bunga lawang dan kulit kayu manis
5. Bila dah wangi, masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
6. Masukkan kicap, air asam jawa, daging, gula dan garam
7. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng awal tadi. Kacau sebati dan siap

Kredit : Cik Puan Julieta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − fifteen =

Scroll To Top