aszulqa.com

himpunan koleksi pelbagai resepi popia viral

Berikut ialah 3 himpunan koleksi pelbagai resepi popia viral. Kesemua resepi popia carbonara ini menggunakan sos prego dan menghasilkan popia carbonara creamy.

️Resepi popia carbonara viral perkongsian Almie Amira telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan Popia Carbonara ?* 2 biji bawang holland
* 8 cili api hijau
* 12 ulas bawang putih
* Sepeket sosej yang dihiris serong-serong
* Ayam cincang (saya pakai RAMLY @ SAUDI) 1 peket
* Kiub pati ayam (1 kiub)
* 2 tin sos carbonara prego (tin biru cair)
* 1 tin sos cheesy prego (tin kuning)
* Susu full cream 1/2 kotak kecik (100ml) – optional
* Sedikit butter untuk menumis
* Serbuk lada hitam (agak-agak)
* Mixed herbs (wajib) 2 sudu kecik
* Sedikit bancuhan tepung jagung (pekatkan inti)
* Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya) inti ni boleh dapat banyak popia. Ikut berapa banyak inti anda letak la, anggaran 2 – 3 peket kulit popia
* Garam (kena rasa dulu, sebab sos carbonara dalam tin dah masin)
* Sedikit tepung + air (gam kulit popia)

Cara-cara:
1. Blend bawang holland, bawang putih, cili api (guna air agak-agak jangan banyak sangat)
2. Goreng sosej dengan sedikit minyak sehingga agak garing & ketepikan (ini menambahkan tekstur dalam popia)
3. Masakkan ayam cincang dengan sedikit minyak & ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air & minyak lebihan proses ni nanti masukkan dalam inti)
4. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan blend
5. Masukkan mixed herbs + lada hitam sedikit
6. Bila bahan tumis dah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam Masukkan dengan semua air & lebihan minyak. Jangan dibuang
7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati
8. Masukkan sos prego (semua). Gunakan sedikit air untuk goncang tin tadi. Sayang kalau dibiarkan lebihan dia. Kita kena berjimat. ?. Gaulkan sehingga rata.
9. Masukkan susu full cream.
10. Setelah mendidih, masukkan sosej yang digoreng tadi
11. Masukkan sedikit air + tepung jagung. Ini untuk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nanti goreng dia meleleh keluar. (Agak-agak ye yang ni)
12. Sejukkan inti. Boleh masukkan dalam peti sekejap (inti akan pekat dan mudahkan proses nak menggulung)
13. Isi inti ke atas kulit popia (pakai yang 40pcs- besar sikit). Boleh tambahkan shredded cheddar cheese sejemput / cheese slices (cheese slices 1 keping – dipotong 5) dan gulungkan seperti biasa
14. letakkan bancuhan air + tepung gandum dihujungnya sebagai gam supaya inti tak meleleh semasa digoreng. (INI TIPS!!!)
15. Setelah selesai boleh masukkan sekejap dlm peti & sedia untuk digoreng.

Tips memasak:
-Gunakan juga sos cheesy PREGO (tin kuning) wajib cuba sebab inti jadi lagi sedap
-Kulit popia guna jenama KG
-Pakai yang 40pcs sebab besar dan gulungan akan jadi kemas, inti takkan meleleh
-Guna gam (air + tepung gandum) untuk tutup gulungan
-Goreng dalam minyak yang memang panas, tapi api nye slow ya
-Inti kalau buat banyak @ terlebih boleh simpan dalam freezer. Tahan lama takde masalah. Nanti tinggal beli kulit popia dan gulung aje. Senang & mudah.

 

Resepi popia carbonara viral perkongsian Ida Zaida ini juga telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

️Bahan inti:
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam
Gula
Perasa
1 sudu besar minyak masak

️Cara memasak:
1.Semua bahan dipotong dadu.
2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.
3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan dan lobak merah.
4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.
5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.
6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.
7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. Siap.

 

️Resepi popia carbonara viral perkongsian As Zulqa ini juga sangat sedap untuk di cuba. Dari gigitan pertama dapat dirasai kerangupannya dari luar dan inti yang mewah dari dalam.

Bahan-bahan:
kulit popia
1 sb tepung gandum + air

Bahan inti:
1 tin sos PREGO carbonara cendawan
1 tin sos PREGO cheese & herba
1 bawang holland (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sosej (boleh lebihkan jika suka)
5 batang ketam (boleh lebihkan jika suka)
5 cendawan shitake

cara buat popia carbonara lihat video di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 2 =

Scroll To Top