aszulqa.com

resepi paprik campur yang lebih sedap dari paprik ayam

Antara menu kegemaran makan malam di kedai tom yam selain tomyam itu sendiri adalah paprik. Kebiasaannya ramai yang ‘order’ paprik ayam. Namun melihatkan sahaja foto paprik campur di atas hasil perkongsian Zura Dzn pasti ramai yang terliur.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF:

 

Tidak perlu makan di kedai makan, kini anda boleh sahaja masak sendiri paprik campur ini di rumah. Nampak sangat sedap dan menyelerakan!

Bahan-bahan :
Ayam potong kecil-kecil
Udang, sotong
Kobis bunga, lobak merah, kacang panjang potong ikut suka
Sebiji bawang putih, bawang merah
3@4 biji cili api dihiris

Sebiji bawang holland potong 8
Sesudu cili kering
Daun limau purut kena ada baru rasa papriknye
Garam
sos tiram 1/2 sudu
tepung jagung
perasa 


Cara masak paprik campur:
1.Tumis ayam tadi, letak air sikit agak-agak kecut angkat dengan air rebusannya
2.Tumis cili kering sehingga naik bau
3.Masukkan bawang merah, bawang putih, cili api dan kacau rata
4.Masukkan ayam dengan air rebusan, udang,sotong, letak kicap sikit, sos tiram, garam dan perasa ikut suka
5.Tepung jagung tadi bancuh dengan air sikit untuk pekatkan kuahnya
6.Pastu masukkan sayur tadi dengan bawang holland, tutup sekejap
7.Siapppp!

Kredit : Zura Dzn 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − one =

Scroll To Top