aszulqa.com

DURIAN CREPE resepi viral mudah dan sedap

Musim raja buah sudah tiba dan musim durian 2022 Malaysia tahun ini menyaksikan harga durian dijual semurah RM5 sekilogram. Durian yang menjadi tahun ini menyebabkan harga durian murah di kebanyakan kedai durian. Bukan sahaja di luar bandar, malahan harga durian di bandar seperti durian di KL dan Selangor menjadi murah sehingga ada yang menjualnya dengan harga lelong RM50 untuk 3 bakul durian.
 
 

Disebabkan harga mampu milik, sudah tentu banyak durian yang dapat dibeli untuk dimakan tahun ini. Bila sudah puas makan begitu sahaja dan masih ada lagi isi durian yang tidak habis dimakan, maka mulalah kita mencari resepi durian yang sedap dan mudah.

Antara resepi viral mudah dan sedap untuk durian ialah durian crepe. Dengan rasanya yang lemak ‘creamy’ dan mewah dengan rasa durian sebenar, pastinya durian crepe ini digemari oleh penggemar ‘dessert’.

 

Resepi kulit durian crepe :
*Bahan kering
2sdb tepung jagung
2sdb tepung gandum
2sdb tepung ubi
3sdb tepung ubi kentang
2sdb gula castor atau gula aising

2sdb tepung kastard

 

1cawan air
1 1/2cwn susu cair
3sdb minyak jagung
2bji telur
1sdb esen vanilla

Untuk krim inti durian crepe :
Isi durian
Fresh krim (putar hingga kental)

 

Cara buat durian crepe:

  1. Blend kesemua bahan untuk resepi kulit durian crepe
  2. Tapis dalam 1 bekas
  3. Titis pewarna kuning dan kacau
  4. Guna non stick pan dan guna api yang perlahan
  5. Sapu sedikit butter pada non stick pan
  6. Tuang 1 senduk bancuhan tepung
  7. Ratakan
  8. Tidak perlu dibalikkan
  9. Bila dah masak boleh angkat
  10. Ulang proses sampai habis
  11. Bila kulit dah sejuk bolehlah mula melipat kulit bersama inti
  12. Cara melipatnya ialah dengan membentangkan kulit
  13. Kemudian letakkan krim inti, lapiskan isi durian dan lapisan terakhir adalah krim inti
  14. Seterusnya bolehlah dilipat kemas dan disimpan dalam peti ais
  15. Dah siap! boleh dinikmati bila-bila masa anda suka
    .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 5 =

Scroll To Top