aszulqa.com

KUKUS KLANG a.k.a KUKUS KLASIK [PART 2]

Ingat tak lagi sis pernah share pengalaman makan di Restoran Kukus Klang PART 1?Kalau korang belum baca, bolehlah baca di sini.

Disebabkan tak puas hati sebab tak dapat rasa kesemua menu kukus klang, maka gigihlah sis ‘repeat’ datang kali ke-2 ke kedai makan seperti Warung P Ramlee ini untuk merasa menu makanan dan minuman yang sis belum cuba lagi hari tu.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Instagram (klik follow)

Kali pertama datang ke Kukus Klasik ni, sis cuma sempat rasa 3 menu nasi mereka iaitu set nasi patin tempoyak temerloh, set nasi asam pedas ayam dan set nasi ayam berempah. Memang berbaloi ambil set nasi ni jika datang satu keluarga sebab set nasi ni dah cukup lengkap nasi, lauk, kuah, sayur dan percuma air lagi. Dah kenyang makan nasi, makan pula roti kukus dan kari kaki ayam…fuh! itu pun dah kekenyangan. Macamana nak order menu sedap-sedap lain lagi…perut dah takde ruang! 

Jadi kali ke-2 datang semestinyalah sis order menu klasik lain seperti ubi rebus cicah sambal ikan bilis dan kelapa, lempeng cicah sambal ikan bilis, nescafe ais (tengok gambar pun dah terliur!), kopi panas, ‘repeat’ roti kukus bersama kari kaki ayam….ni sebab kari pun masih banyak sis tambah lagi order roti kukus 2 set tanpa karilah. Sedap baq hang…layan pula dengan kopi O, tak terkata apa dah! Jamu telinga dengan lagu-lagu P Ramlee yang diputarkan memang mengimbau nostalgia zaman dulu-dulu sungguh. Anak kata nak makan nasi pula…jadi sis orderlah set nasi ayam masak kunyit, kenyanglah juga makan sebab portion ayam dia agak besar juga.

Sambil-sambil makan tu, anak kecil seronok pula main lompat-lompat teng-teng. Permainan ni budak zaman sekarang mana kenal, jadi bolehlah diperkenalkan pada anak-anak kita permainan kampung dulu-dulu. 

 

Kukus Klang MENU dan harga terkini boleh klik sini.

 

 

Waktu operasi Restaurant Kukus Klang Selangor adalah dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang sahaja setiap hari kecuali Rabu cuti. Jadi jangan ter pergi hari Rabu ye…Rabu tutup cuti!. Sesuai untuk sarapan pagi, brunch ataupun makan tengahari.

Untuk merasai pengalaman kedai makan kukus klang ini bolehlah waze ke:

Restaurant Kukus,
Lot 1004,
Jln Tepi Sungai 6,
Taman Wangi, 41100 Klang,
Selangor,
Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + 6 =

Scroll To Top