aszulqa.com

Buffet Ramadhan Santai di A-Park Puchong-Cyberjaya dengan Pemandangan Tasik yang Memukau

Jika sebelum ini anda pernah ber bufet Ramadan di hotel, restoran mahupun event hall, apa kata tahun ini cuba rasai pengalaman ber iftar Ramadhan yang sedikit berbeza. Cuba anda bayangkan tahun ini anda dapat berbuka puasa sambil menikmati pemandangan indah ke tasik yang luas terbentang dan disirami cahaya lampu yang mengasyikkan….mesti best bukan? Apatah lagi bufet ramadan ini cuma berharga bawah RM100 sahaja.

Anda berpeluang merasai tempat berbuka puasa menarik dan lain daripada yang lain ini di buffet Ramadhan santai di A-Park, Pulau Meranti Puchong-Cyberjaya. Buffet Ramadan dalam kawasan ‘Private Land’ seluas 8 ekar dengan tasik yang sangat cantik, luas dan ekslusif. Boleh saksikan sendiri betapa menariknya lokasi bufet ramadan 2023 Selangor ini. Lokasi santai yang sangat sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga, teman sepejabat, kekasih hati ataupun sahabat handai!

Ramadan buffet A-Park menawarkan menu buffet Ramadhan lauk pauk kampung dengan keistimewaan masakan kampung Warghih Nogori ????????. Antara menu lauk pauknya ialah:
A. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
B. Daging Salai Cendawan
C. Asam Pedas Ayam
D. Sambal Ikan Keli
E. Daging Masak Merah
F. Sambal Petai Udang / Sotong
G. Masak Lemak Kobis
H. Peria / Kangkong Goreng Telur
I. Sambal Terung Berlado
J. Patin Tempoyak
K. Gulai Daging Kawah
I. Ulam Ulaman
M. Sambal Belacan, Budu & Cencalok
N. Ikan Asin & Telor Asin
0. Pucuk ubi legend

Selain lauk pauk kampung, buffet Ramadhan A-Park juga menyediakan banyak ‘stalls’ untuk anda terokai dan pilihlah mana yang berkenan mengikut citarasa anda:
  1. Char Kway Teow (live cooking)
  2. Kambing Golek / Grill (live cooking)
  3. Cendol Mamak Ghani
  4. Air Balang (6 balang)
  5. Rojak Mamak Ghani
  6. Mee Kari
  7. Lontong
  8. Soto Ayam
  9. Spaghetti Bolognese
  10. Rojak Buah
  11. Roti Jala
  12. Kuih Muih Tradisional Melayu & Talam

Keistimewaan berbuka puasa di A-Park bufet Ramadan ini ialah anda tidak perlu tergopoh gapah untuk makan dan berkejar ke terawih kerana di sini ada disediakan solat isyak dan terawih secara berjemaah bersama imam tahfiz.
 
 
 
 

Buffet Ramadan A-Park
Tema: Buffet Ramadhan Santai @ A-Park

????️ Tarikh : 24 Mac 2023 – 17 April 2023
????️ Waktu : 6.30 petang-10 malam

 

HARGA BUFFET RAMADAN 2023 A-Park:
EARLY BIRD (sebelum 4/4/2023)
RM79 – DEWASA
 
NORMAL PRICE (5/3/2023-17/4/2023)
RM89 – DEWASA 
RM59 – KANAK-KANAK (7-12 tahun)
RM69 – WARGA EMAS (62 tahun ke atas)
PERCUMA bawah 7 tahun
LOKASI:
A-Park,
3275, Jalan Pulau Meranti,
Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor
PARKING:
Percuma
SURAU:
Disediakan
 

 


.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − ten =

Scroll To Top