aszulqa.com

buffet ramadhan 2023 shah alam & klang semurah rm39.90 di tirai ratu event hall

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam dan Klang bawah RM40 ditawarkan oleh Tirai Ratu Event Hall untuk tempahan hari Isnin dan Selasa sahaja. Walaupun berharga RM39.90 anda tetap boleh menikmati kambing bakar yang enak dan lazat.

Harga bufet Ramadan Tirai Ratu Event Hall berbeza-beza mengikut hari dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet dan masa anda (harga terperinci boleh rujuk bawah). Ruang berbuka puasanya selesa dan berhawa sesuai untuk anda ber bufet Ramadan bersama-sama ahli keluarga, sahabat handai mahupun sanak saudara. 

Di Tirai Ratu Event terdapat deretan pelbagai pilihan air balang yang boleh rambang mata dibuatnya. Jika kat bazar Ramadan anda selalu terliur untuk membeli kesemua air balang yang dijual tetapi terpaksa tahan nafsu untuk berbelanja dan risau membazir, di sini anda boleh merasai kesemua air balang yang sedap-sedap belaka.

 

 

Kambing bakar, ayam bakar dan ikan bakar semuanya ada di sini. Lauk pauk bakar ni memang menambah selera makan bila berbuka puasa, tambah-tambah lagi jika dapat kambing grill yang sememangnya menjadi kegemaran ramai di setiap bufet Ramadan. Kambing bakar dan ayam bakar bertambah-tambah sedap bila dimakan bersama coleslaw.

kambing bakar, ayam bakar, ikan bakar & coleslaw

 

Terdapat pelbagai menu yang sedap di Tirai Ratu Event seperti nasi minyak yang sedap dimakan bersama ayam masak merah, acar timun, dalca dan papadom. Banyak lauk pauk yang disajikan seperti paru sambal, lala goreng cili, sambal sotong kembang, siput sedut masak lemak cili api dan banyak lagi. Makan nasi lebih berselera dengan pelbagai jenis kerabu yang disediakan di sini seperti kerabu mangga, kerabu betik muda, kerabu urap tauge dan sebagainya.

ayam masak merah
paru sambal
lala goreng cili
aneka kerabu

 

Ada juga disajikan menu goreng-goreng seperti mee goreng, bihun goreng, kuey teow goreng dan nasi goreng. Manakala bagi peminat pasta pula anda boleh memilih pasta carbonara, pasta bolognese ataupun pasta aglio olio.

mee goreng, bihun goreng & kuey teow goreng
kuey teow goreng & nasi goreng

 

Tidak ketinggalan menu pencuci mulut terutamanya dessert yang disukai ramai wanita seperti kek, puding, bubur pengat dan aneka kuih muih tradisional Melayu. Untuk kanak-kanak pula terdapat ‘kid’s corner’ dengan pilihan french fries, nugget, sosej dan aneka jajan old school.

dessert

 

Berikut ialah menu buffet Ramadhan 2023 Tirai Ratu Event untuk rujukan anda (menu mungkin sedikit berubah setiap hari mengikut kesesuaian). 

lauk pauk yang banyak dan mengenyangkan

Maklumat lanjut dan sebarang tempahan boleh rujuk di bawah:

Buffet Ramadan TIRAI RATU EVENT 2023

 

HARGA BUFFET RAMADHAN TIRAI RATU EVENT:
 
Dewasa 12 tahun ke atas :
????RM 79 (SABTU & AHAD)
????RM 69.90 (RABU & JUMAAT)
????RM 39.90 (ISNIN & SELASA)
.
Kanak-Kanak 4 – 11 tahun:
????RM45 (SABTU & AHAD)
????RM 35 (RABU & JUMAAT)
????RM 25 ( ISNIN & SELASA)
 
 
LOKASI:
Tirai Ratu Event Hall,

 2A, Jalan Astaka 4B/KU2 Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor.
 
 
PARKING:
FREE
 
 
SURAU:
Disediakan
 
 
TEMPAHAN :
018-221 3736
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 4 =

Scroll To Top