aszulqa.com

buffet ramadhan 2023 shah alam & klang semurah rm39.90 di tirai ratu event hall

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam dan Klang bawah RM40 ditawarkan oleh Tirai Ratu Event Hall untuk tempahan hari Isnin dan Selasa sahaja. Walaupun berharga RM39.90 anda tetap boleh menikmati kambing bakar yang enak dan lazat.

Harga bufet Ramadan Tirai Ratu Event Hall berbeza-beza mengikut hari dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet dan masa anda (harga terperinci boleh rujuk bawah). Ruang berbuka puasanya selesa dan berhawa sesuai untuk anda ber bufet Ramadan bersama-sama ahli keluarga, sahabat handai mahupun sanak saudara. 

Di Tirai Ratu Event terdapat deretan pelbagai pilihan air balang yang boleh rambang mata dibuatnya. Jika kat bazar Ramadan anda selalu terliur untuk membeli kesemua air balang yang dijual tetapi terpaksa tahan nafsu untuk berbelanja dan risau membazir, di sini anda boleh merasai kesemua air balang yang sedap-sedap belaka.

 

Read more

Scroll To Top