aszulqa.com

buffet ramadhan di atas tasik shah alam, tempat buka puasa best 2023 di Restoran Terapung SACC Kelana Seafood

Jika anda masih mencari-cari tempat buka puasa best 2023 di Selangor anda boleh mempertimbangkan Restoran Terapung SACC Kelana Seafood. Apa yang best dan keistimewaan berbuka puasa di sini ialah anda dapat merasai pengalaman berbuka puasa di atas Tasik Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Terapung.

view ke Tasik Shah Alam
view ke Tasik Shah Alam

 

Dari saat anda mula melangkah masuk ke Restoran SACC Kelana Seafood ini terdapat banyak port OOTD yang dihias cantik. Ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar kenangan di sini. Semestinyalah ianya ‘instagrammable spot’ yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

pintu masuk
pintu keluar
port OOTD
port OOTD

 

Ruang makannya luas dan selesa. Sangat sesuai untuk anda berbuka puasa berkumpulan mahupun berpasangan. Raikan majlis berbuka puasa anda bersama kawan-kawan sepejabat, client, keluarga, adik beradik mahupun sanak saudara di iftar buffet SACC Kelana Seafood.

pintu utama
ruang luas & selesa
ruang selesa & luas  
view ke Tasik Shah Alam

 

Menu istimewa ialah kambing bakar. Selain itu terdapat juga ayam bakar dan satay yang dibakar di ‘live stall’.

 

 

Sinonim dengan namanya Restoran SACC Kelana Seafood, ‘signature menu’ semestinyalah makanan laut ataupun ‘seafood’. ‘Seafood’ ini di masak dengan pelbagai cara seperti  kam heong, salted egg, sweet & sour dan sebagainya. Menu istimewa ialah ‘chili crab’ yang sentiasa laku keras. Sotong celup tepung dan udang celup tepung juga ada disajikan di sini. Selain ‘seafood’ ada juga menu lain seperti ‘lemon chicken’, ‘mixed vege’ dan menu ini boleh bertukar-tukar setiap hari mengikut kesesuaian.

chili crab
kupang
lemon chicken
sotong celup tepung
sotong celup tepung
mixed vege

 

Manakala bagi peminat masakan kampung, tidak ketinggalan dihidangkan ulam-ulaman bersama sambal dan ikan masin yang sedap dimakan bersama nasi putih dan menu seperti ikan masak asam dan masak lemak cili api.

ulam-ulaman, ikan masin & telur masin
ikan masak asam, sotong, mixed vege dan sup

 

Tomyam campur dan sup ‘crab meat’ yang dihidang panas-panas juga sedap dimakan bersama nasi putih. Manakala terdapat kaunter kuey teow dan mee sup yang hanya akan dibuat khas untuk anda oleh staff apabila ada permintaan sahaja. Selain itu terdapat juga kaunter ‘shellout’ yang juga sentiasa menjadi tumpuan ramai.

tomyam campur
sup ‘crab meat’
kaunter mee dan kuey teow sup
shell out

 

Walupun banyak menu ‘seafood’, menu hari Raya seperti lemang, serunding dan rendang tidak dilupakan untuk disajikan di sini.

rendang ayam & serunding

 

Terdapat pelbagai jenis air balang sedap untuk berbuka puasa dan juga air panas seperti teh tarik dan nescafe tarik. Kuih muih tradisional Melayu seperti bubur pulut hitam, aneka talam, kuih seri muka, buah melaka dan lain-lain ‘dessert’ boleh anda nikmati di sini. 

air balang dan air panas
bubur pulut hitam
buah melaka
kuih seri muka
talam cendol

 

Sambil menikmati hidangan berbuka puasa di sini, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada ‘live band music’. Bayangkanlah dapat berbuka puasa di atas Tasik Shah Alam menikmati ‘seafood’ dan bersantai-santai dengan alunanan halwa telinga pastinya memberikan pengalaman berbuka puasa yang menggembirakan.

 

 

Maklumat lanjut dan untuk tempahan adalah seperti berikut:

Iftar Buffet RESTORAN SACC KELANA SEAFOOD

 

HARGA IFTAR BUFFET RESTORAN SACC KELANA SEAFOOD
RM98++ / Dewasa
RM58++ / Kanak-kanak (7-10 tahun)
 
 
LOKASI:
Restoran SACC Kelana Seafood,
Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
 
 
PARKING:
FREE
 
 
SURAU:
Disediakan
 
 

TEMPAHAN :

atau hubungi 03-2935 9798

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + 5 =

Scroll To Top