aszulqa.com

buffet ramadhan 2023 shah alam & klang semurah rm39.90 di tirai ratu event hall

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam dan Klang bawah RM40 ditawarkan oleh Tirai Ratu Event Hall untuk tempahan hari Isnin dan Selasa sahaja. Walaupun berharga RM39.90 anda tetap boleh menikmati kambing bakar yang enak dan lazat.

Harga bufet Ramadan Tirai Ratu Event Hall berbeza-beza mengikut hari dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet dan masa anda (harga terperinci boleh rujuk bawah). Ruang berbuka puasanya selesa dan berhawa sesuai untuk anda ber bufet Ramadan bersama-sama ahli keluarga, sahabat handai mahupun sanak saudara. 

Di Tirai Ratu Event terdapat deretan pelbagai pilihan air balang yang boleh rambang mata dibuatnya. Jika kat bazar Ramadan anda selalu terliur untuk membeli kesemua air balang yang dijual tetapi terpaksa tahan nafsu untuk berbelanja dan risau membazir, di sini anda boleh merasai kesemua air balang yang sedap-sedap belaka.

 

Read more

berbuka puasa di buffet ramadan wyndham acmar, bufet hotel 5 bintang yang mengujakan & superb!

Ketibaan Ramadan mula dirasa apabila hotel-hotel di Malaysia giat mengadakan preview buffet Ramadan 2023 tahun ini. Harga promosi ditawarkan oleh pihak hotel untuk penggemar buffet ramadhan menempah awal dan dapat menikmati harga diskaun. 

Jadi, adakah anda sudah merancang untuk berbuka puasa buffet di mana tahun ini? Jika anda masih mencari-cari lokasi buffet ramadan 2023 apakata anda cuba buffet ramadhan Hotel Wyndham Acmar, salah satu iftar buffet terbaik dengan banyak pilihan makanan dan minuman yang membangkitkan selera, enak dan lazat. Anda boleh meninjau promosi yang ditawarkan oleh hotel Wyndham Acmar Klang untuk diskaun harga ‘early birds’ yang sah dari sekarang sehingga 19 Mac 2023 sahaja. Selepas tarikh itu, harga akan kembali kepada asal.

Wyndham Acmar Klang merupakan hotel bertaraf lima bintang pertama di Bandar Diraja Klang, antara bandar tertua di Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati iftar ramadan di salah satu hotel 5 bintang terkenal di Selangor, Malaysia ini. 

Read more

Scroll To Top