aszulqa.com

resepi roti jala sukatan cawan mudah…penat menjala tapi puas hati makan!

Resepi roti jala sukatan cawan mudah, walaupun penat menjala tapi puas hati dapat makan air tangan sendiri. Tambahan lagi boleh dibuat banyak untuk hidangan seisi keluarga. Resepi roti jala ini mudah sahaja, cuma perlu ikuti beberapa tips masakan supaya roti jala menjadi dengan cantik!

bahan-bahan:
2  3/4 cawan tepung gandum
2  1/2 cawan air
1 biji telur
2 SB minyak masak
1 SB gula
garam
serbuk kunyit atau pewarna kuning

Cara memasak roti jala:
1] Masukkan kesemua bahan-bahan di atas dan kisar halus


2] Tapiskan bahan kisar supaya bancuhan tepung lebih halus
3] Kemudian masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan roti jala
4] Buka api perlahan, sapukan sedikit minyak ke atas non-stick pan
5] Boleh mula menjala
6] Setelah warna roti jala bertukar boleh terus angkat kemudian lipat atau terus lipat di atas pan seperti dalam video
7] Ulang proses menjala sehingga habis
8] Sedia dihidang bersama kuah roti jala

Tutorial cara masak roti jala klik sini.

 

Tips memasak roti jala:
1] Sewaktu mengisar bancuhan tepung pastikan pusaran air di tengahnya kecil seperti di bawah supaya bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat

 


2] Masak di atas non-stick pan dengan api perlahan, apabila warna roti jala sudah bertukar boleh terus angkat jangan masak lama-lama supaya roti jala tidak kering dan lembut (tidak perlu terbalikkan roti jala untuk masak kedua-dua belah bahagian roti jala tersebut)

Resepi kuah roti jala sedap boleh klik video bawah:

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − 4 =

Scroll To Top