aszulqa.com

popia nestum resipi kudapan mudah crunchy bertambah sedap ditambah horlicks

Popia nestum resipi kudapan mudah crunchy dan rangup bertambah sedap bila ditambah horlicks. Cuba anda bayangkan kerangupan popia yang telah digoreng bila bersatu dengan rasa nestum dan horlicks…memang sedap!. Resepi popia nestum horlicks yang kami kongsikan ini ‘just nice’ dan tidak terlalu manis.

bahan-bahan:
kulit popia
*nestum original 2 cawan (dikisar halus)
*gula pasir 1/2 cawan (dikisar halus)
*horlicks 1/2 cawan (dikisar halus)
tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (bancuhan pekat)

 

cara buat popia nestum:

  1. Potong dua kulit popia
  2. Gulung kulit popia seperti ini 
  3. Kemudian sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung kulit popia supaya gulungan kulit popia melekat.
  4. Ulangi proses menggulung sehingga habis kulit popia yang dikehendaki
  5. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong 
  6. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  7. Angkat dan toskan popia, biarkan sejuk seketika
  8. Untuk lebih mudah boleh terus masukkan popia yang telah digoreng ke dalam bekas berpenutup
  9. Kemudian taburkan campuran bahan-bahan yang telah dikisar halus iaitu nestum, horlicks dan gula dan tutup dengan penutup botol
  10. Goncangkan perlahan-lahan botol supaya kesemua bahan kisar bersalut rata pada kulit popia yang telah digoreng
  11. Sedia dimakan! 

Tutorial cara buat popia nestum klik sini.

Popia nestum ini laku keras jika dibuat jualan raya. Semoga bermanfaat buat anda yang sedang mencari idea bisnes duit raya 2023 ini. Ini adalah salah satu cara buat duit dari rumah ataupun bisnes dari rumah sambil-sambil menguruskan keluarga.

Kredit: As Zulqa

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × five =

Scroll To Top