aszulqa.com

berbuka puasa di buffet ramadan wyndham acmar, bufet hotel 5 bintang yang mengujakan & superb!

Ketibaan Ramadan mula dirasa apabila hotel-hotel di Malaysia giat mengadakan preview buffet Ramadan 2023 tahun ini. Harga promosi ditawarkan oleh pihak hotel untuk penggemar buffet ramadhan menempah awal dan dapat menikmati harga diskaun. 

Jadi, adakah anda sudah merancang untuk berbuka puasa buffet di mana tahun ini? Jika anda masih mencari-cari lokasi buffet ramadan 2023 apakata anda cuba buffet ramadhan Hotel Wyndham Acmar, salah satu iftar buffet terbaik dengan banyak pilihan makanan dan minuman yang membangkitkan selera, enak dan lazat. Anda boleh meninjau promosi yang ditawarkan oleh hotel Wyndham Acmar Klang untuk diskaun harga ‘early birds’ yang sah dari sekarang sehingga 19 Mac 2023 sahaja. Selepas tarikh itu, harga akan kembali kepada asal.

Wyndham Acmar Klang merupakan hotel bertaraf lima bintang pertama di Bandar Diraja Klang, antara bandar tertua di Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati iftar ramadan di salah satu hotel 5 bintang terkenal di Selangor, Malaysia ini. 

 

Bufet Ramadan Wyndham Acmar cukup istimewa tahun ini dengan mengetengahkan tema buffet Mustika Nusantara. Sebelum menjamu selera, mata anda sudah ‘dijamu’ dahulu dengan ‘food presentation’nya yang sangat menarik dan memukau pandangan siapa sahaja yang melihatnya. ‘Food presentation’ dan ‘food art’ memang superb! 

 

Sebaik melangkah ke T Cafe di aras bawah hotel di mana ramadan buffet diadakan tahun ini, mata terpukau dengan ‘food island’ kat tengah-tengah T cafe . Menambahkan lagi seri ‘food presentation’ tersergam ‘tower’ buah kurma yang diperagakan di tengah ‘food island’. Pelbagai jenis buah kurma seperti ajwa, safawi, madjoul dan barhi disusun kemas di menara buah kurma ini. 

 

Penggemar tegar buffet selalunya tercari-cari ‘seafood on ice’ terlebih dahulu. Anda tidak perlu risau kerana ‘seafood on ice’ adalah tumpuan utama di ‘food island’ dengan pelbagai pilihan ‘prawns’, ‘crabs’, ‘mussels’ dan lain-lain. 

 

HIGHLIGHT MENU:
Anda cubalah serba sedikit menu-menu mewah ni, tak ambil rugi tau….
? SEAFOOD ON ICE ? prawns, crabs, mussels with lemon, tabasco, thai sauce, pineapple sauce atau chili hijau

?kambing grill

?nasi mandy kambing dudok

 

?ayam bakar tebu danok golek dengan sos istimewa campuran oyster sos, sedap baq hang !!!!

 

?sup sumpah serakah ? sup tulang, rusuk, ekor, perut, urat, lidah, paru, gearbox

 

?lemang & ayam golek Pantai Timur


 

?citarasa Arab ? baklava pistachio, baklava almond, baklava mixed nuts, basbousa dll
*dalam gambar ini cuma baklava sahaja

 

Menu ‘dessert’ ataupun pemanis mulut yang pasti memikat hati penggemarnya seperti pelbagai jenis kek, kuih muih tradisional Melayu, donut, ‘chocolate fountain’ bersama marshmallow dan buah, juga tidak terkecuali biskut raya.
 
 

 

Rambang mata nak pilih makanan yang sedap-sedap di ‘live stall’ ala-ala bazaar Ramadan yang bersusun kemas di bahagian luar koridor hotel (menu mungkin bertukar setiap minggu). Makanan yang dimasak panas-panas beginilah yang menambahkan lagi selera makan kita. Antara ‘live stall’ yang ada ialah:
? Seafood grill
? Kambing grill
? Ayam bakar tebu danok golek
? Shawarma


? Live Pasta Benua

? Pizza
? Cucur dan jemput-jemput


 

Oh ya! dah nama pun bulan puasa, pastilah ramai yang tercari-cari air minuman sedap untuk berbuka puasa. Berkonsepkan air balang satu Malaya, antara air yang disediakan ialah air tebu, soya, teh ais royale, cincau dan sebagainya. Air panas seperti teh tarik, nescafe tarik dan teh O juga disediakan.



 

Bila dah kenyang dengan makanan berat bolehlah pula beralih ke buah-buahan segar dan salad. Kaunter saladnya tersergam cantik di bahagian ‘food island’. Manakala kaunter buah dan jeruk terletak bersebelahan lobi hotel. Istimewanya di sini, diperagakan satu pondok buah untuk buah-buahan segar dan satu pondok lagi untuk rojak buah dan jeruk. Anggur, prun, jambu madu, epal, ciku, betik dan tembikai adalah antara pilihan buah-buahan yang disediakan. 

 

Walaupun ralit menjamu selera, anda tidak akan bosan kerana akan dihiburkan dengan halwa telinga ‘live performance music’. Menikmati hidangan buffet secara santai dengan alunan muzik pasti mengurangkan penat seharian bekerja. ‘Reward’ diri anda dengan membuat tempahan buffet sekarang! Maklumat lanjut tertera seperti di bawah:
 

 

?️ Tarikh : 23 March 2023 – 21 April 2023
?️ Waktu : 6.30pm-10pm
?Lokasi : Hotel Wydham ACMAR
?Parking : RM5
?Surau : Disediakan
.
.
?HARGA EARLY BIRD (sekarang sehingga 19/3/2023)
RM108++ Dewasa (12 Tahun ke atas)
.
.
?HARGA BIASA (19/3/2023 hingga 21/4/2023)
RM148++ Dewasa
RM80++ Warga emas (55 tahun & ke atas)
RM74++ Kanak – Kanak (8 Tahun – 12 Tahun)
.
Untuk tempahan:
? : +603 3311 8911 / 8916 / 8990 / 8850
? : tcafe@wyndhamacmarklang.com
? : Whatsapp at 012-5909851 by clicking this link > https://whas.me/TCafeWyndh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − eleven =

Scroll To Top