aszulqa.com

cara buat kulit karipap rangup

Salah satu kuih muih tradisional Melayu yang evergreen dan senang didapati di gerai-gerai kuih ialah kuih karipap. Kuih karipap sedap dipadankan dengan pelbagai jenis inti seperti inti kentang, ayam, daging ataupun sardin.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF:

Walaupun bahan-bahan karipap adalah simple, namun sukatannya perlu betul dan memerlukan kemahiran untuk membuatnya. Salah cara membuat karipap akan menyebabkan kulit karipap menjadi tebal dan tidak sedap dimakan, mungkin juga menyebabkan kulit karipap menjadi keras, tidak rangup dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN:
==========
1/2 kg tepung gandum (sis guna cap sauh)
80 ml (minyak panas) + 1 sudu besar marjerin
1 sudu besar tepung beras
2 camca teh air kapur yang jernih 
Air sejuk secukupnya + garam

Cara buat kulit karipap:
-Satukan tepung gandum, tepung beras dan air kapur dalam besen.
-Satukan marjerin dan minyak masak..panaskan hingga berbuih-buih dan tuang ke dalam besen yang berisi tepung..gaul perlahan-lahan hingga jadi macam serbuk.
-Masukkan air dan uli tepung hingga lembut.
-Bila tepung dah lembut..bulat-bulatkan jadi bebola yang agak kecil..kemudian peram dalam bekas bertutup selama 10 minit-15 minit .
-Bolehlah buat karipap seperti biasa (jika ada mesin mee lagi cepat)

Kredit : Rahmah Rosmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × four =

Scroll To Top