aszulqa.com

resepi bayam brazil celup tepung @ kerepek bayam brazil, snek sihat untuk kudapan

Snek untuk kudap-kudapan sering dicari saat kita sibuk bekerja dan tidak sempat makan ataupun sekadar untuk mengunyah tidak mengira waktu. Daripada mengunyah jajan yang tidak sihat dan memudaratkan kesihatan apakata beralih kepada snek kudapan yang lebih sihat seperti snek kerepek bayam brazil.

Selain sedap dibuat sayur goreng, bayam brazil juga sedap dibuat kerepek dan di celup tepung bestari. Ikuti perkongsian resepi bayam brazil celup tepung bestari oleh Roslinda rosli dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

BAHAN-BAHAN
5 sudu tepung bestari original
1 sudu tepung bestari pedas
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
1 sudu rempah kari

CARA PENYEDIAAN
Gaul sebati bahan di atas
Cuci bersih daun bayam (ambil daun sahaja).
Taburkan campuran tepung diatas tadi sehingga sekata.
Goreng dalam minyak panas (saya tak letak garam sebab tepung dah cukup masin & saya tak guna telur sebab kalau pakai telur kerepek berminyak sangat & kerangupan tak kekal lama)

Tambahan : sebab ramai yang bertanya tak perlu campur air ke campuran tepung tu, ye tak perlu campur air. InshaaAllah lekat je tepung tu sebab lepas basuh daun bayam kita terus taburkan tepung. Lepastu ratakan baga semua kena tepung tu ye baru goreng dalam minyak panas.


Memang rangup. Simpan dalam bekas kedap udara. Tahan lama.Kalau nak buat jualan guna resepi ni dipersilakan.

Kredit : Roslinda rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 20 =

Scroll To Top