aszulqa.com

resepi acar buah

Acar buah yang sedap dan cukup rasa mengingatkan kita pada nasi kenduri kahwin. Puas hati rasanya jika bertandang  ke majlis kenduri kahwin dan ada menu acar buah yang sedap. Kesedapan rasa acar buah yang masam manis itu sukar dilupakan.

Ada pelbagai resepi acar buah seperti resepi acar buah tradisional, resepi acar buah kenduri kahwin, resepi acar buah berempah, resepi acar buah nasi briyani, resepi acar buah utara, resepi acar buah kurma dan sebagainya. 

Mengenangkan bahan-bahan acar buah yang banyak dan rumit disediakan menyebabkan lebih ramai yang rela membelinya daripada membuatnya sendiri. Namun berbaloi juga jika kita belajar buat acar buah sendiri di rumah kerana lebih puas hati dan boleh dibuat banyak dan disimpan lama. Untuk yang baru pertama kali nak cuba pastilah mencari resepi acar buah simple. Ikuti perkongsian resepi acar buah oleh RH Niesya yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan A
1.5 cawan minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih & 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B
(rempah tumis, campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar halba sahaja
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar jintan putih biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar jintan manis biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk

Bahan C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih @ 3/4 kilo gula merah
garam

Bahan D
1/2 kilo buah2 jeruk campur
3 biji limau jeruk
prune tanpa biji
buah kurma sekotak
1 cawan cili padi (lebih byk lbh sedap)
15 ulas bawang merah (belah dua)
15 ulas bawang putih (belah dua)
1 cawan kismis
halia sebesar 1/2 tapak tangan
Bahan E (untuk tabur)
3 sudu besar bijan (sangai)
2 sudu bessr biji sawi (sangai)

Bahan E (untuk tabur)
3 sudu besar bijan (sangai)
2 sudu bessr biji sawi (sangai)

Cara buat acar buah:
1)Panaskan minyak
2)Tumiskan bahan A sehingga garing
3)Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C
4)Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula)
5)Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur (Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6) Bila mendidih terus padamkn api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
*Pastikan tiada air digunakan, air dr buah-buahan akan sendirinya keluar sebagai kuah)
Boleh bertahan 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air 

Selamat mencuba pd yg inginkn resepi acar buah sedapppp ini?
Kredit: RH Niesya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + eighteen =

Scroll To Top