aszulqa.com

jana income melalui youtube: update terkini Malaysia youtube shorts monetization bermula 1 februari 2023

Para youtubers yang sudah menjana income daripada youtube pasti teruja menanti tawaran monetasi untuk youtube shorts. Youtube sudah lama mengadakan youtube shorts bagi menghadapi persaingan daripada tik tok dengan video berdurasi pendek yang lebih popular dan banyak penonton.

Youtubers pasti maklum bahawa selama ini video berdurasi pendek yang dimuat naik ke youtube shorts tidak menghasilkan sebarang duit. Walaupun demikian, youtube shorts tetap ada manfaatnya iaitu dapat membantu menaikkan jumlah subscribers kerana short feeds lebih mudah mendapat banyak views berbanding video biasa.

Untuk pengetahuan umum video shorts adalalah video pendek yang berdurasi kurang daripada 60 saat atau 1 minit. Jika video anda ber durasi melebihi 1 saat ia tidak dikira sebagai youtube shorts tetapi dikira sebagai video biasa. Selain itu video anda perlulah dalam format ‘potrait’ ataupun menegak seperti video di Tik Tok, berbeza dengan video biasa Youtube yang formatnya ‘landscape’ ataupun melintang. 

Untuk pengetahuan umum, syarat kelayakan channel youtube anda dapat menghasilkan duit atau dimonetasi ialah perlu mencapai 1k subscribers dan 4k jam tayang dalam tempoh 1 tahun. Jika kedua-dua syarat ini belum dapat dicapai dalam tempoh 365 hari makan channel youtube anda tidak layak untuk dimonetasi lagi. Kini Youtube telah memberi kelonggaran dengan menambah satu lagi syarat yang mudah dicapai iaitu 10 juta views video shorts dalam tempoh 90 hari. Ringkasan syarat monetasi seperti berikut:
1] 1k subscribers (*wajib)
2] 4k jam tayang
atau
3] 10 juta views (sepanjang 90 hari)

 Anda perlu berusaha lebih keras untuk mencapai syarat monetasi youtube kerana bukan mudah juga untuk mencapainya. Jika kita lihat youtubers popular dan banyak pendapatannya, percayalah ia bukanlah kerja keras sehari dua. Sebenarnya ramai juga youtubers yang putus asa di tengah jalan, samada yang belum dapat dimonetasi ataupun yang sudah berjaya dimonetasi.

Berita baik untuk para youtubers yang sudah menjana income daripada youtube, bermula Februari 2023 anda sudah boleh menerima pendapatan daripada youtube shorts. Sepanjang Januari ini, anda perlu rajin menyemak youtube studio anda untuk melihat tawaran monetasi untuk youtube shorts dengan mengetik ‘review and accept’. Berikut ialah cara setting untuk youtube shorts ‘monetization’

Jadi, jangan lupa untuk ‘accept’ term yang youtube tawarkan dan bersedia untuk monetasi shorts video anda. Jika perkongsian ini bermanfaat, boleh share ke wall fb, whatsapp, group fb berkaitan atau di mana sahaja yang anda suka supaya info ini tidak hilang. Kongsikan juga untuk manfaat ramai orang terutamanya youtubers yang sedang berusaha keras menaikkan subscribers dan views masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − ten =

Scroll To Top