aszulqa.com

rendang daging resepi viral mudah dan sedap

Rendang boleh dikatakan hidangan wajib apabila tibanya hari raya di kebanyakan negeri di Malaysia ini. Walaupun demikian rendang juga sudah mudah didapati di sebarang majlis keraian pada zaman sekarang ini.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Antara rendang daging yang sering menjadi sebutan ialah rendang daging tok dan rendang daging minang. Rendang daging tok sememangnya sedap tetapi untuk memasaknya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana masa yang lama diperlukan untuk menyiapkan rendang daging tok. 

Kami kongsikan resepi rendang daging simple, sedap dan berempah:

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging
7 SB cili kering kisar
gula melaka
2 SB kerisik
1 asam keping
garam
daun limau
hirisan daun kunyit

*Bahan kisar
-3 bawang merah besar
-7 ulas bawang putih
-3 bth serai
-3 inci halia
-3 inci lengkuas

*Bahan tumbuk
-1 SB biji ketumbar
-1 SB jintan manis
-1 SB jintan putih
(Kesemua bahan di atas disangai terlebih dahulu kemudian baru ditumbuk kasar)

CARA MASAK Rendang Daging 
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar bersama cili kering kisar dan kacau sebati
2.Masukkan bahan tumbuk & gula melaka Dan masak hingga pecah minyak
3.Setelah pecah minyak masukkan asam keping & daging, kacau sebati
4.Masukkan sedikit air, kacau sebati & tutup periuk…masak hingga daging separuh masak
6.Kemudian masukkan santan kotak, air, kerisik, garam, sedikit daun limau & sedikit daun kunyit..kacau sebati
7.Masak hingga daging betul-betul empuk, sepanjang proses memasak boleh tambah sedikit air jika masakan semakin mengering
8.Sebelum tutup api taburkan hirisan daun kunyit & daun limau.
9.Sedia dihidang ❗

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − five =

Scroll To Top