aszulqa.com

Kek Tornado Coklat Cheese Cake Resepi Viral Mudah dan Sedap

Kek Tornado Chocolate Cheese Cake yang pernah viral suatu ketika dahulu dek kerana kesedapannya yang tak terhingga apabila rasa coklat dan cheese bergabung! Resepi viral mudah dan sedap kek tornado ini mendapat ribuan shares di facebook. 

Jika dibeli di kedai bakeri boleh tahan juga harganya ni, yelah kek tornado ni mewah dengan cheese dan coklat. Apatah lagi jika anak ramai, beli sikit-sikit berebut-rebut pula anak-anak nak makan. Apa kata buat sendiri kek tornado cheese coklat resepi viral mudah dan sedap ni. Tengok pada bahan-bahan dan cara buatnya pun simple sahaja.

 

(A) Kek Coklat 
-1 cawan susu pekat*
-1 cawan susu cair*
-1 cawan butter cair / minyak jagung*
-1 cawan cocoa powder*
-1 cawan gula*
-1/2 sudu teh garam*
-4 biji telur saiz sederhana
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh rata serbuk penaik
-1 sudu teh rata soda bikabornat
-1 sudu teh esen vanilla 

Cara buat kek tornado
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati.
2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih)
3. Tutup api, rehatkan sebentar.
4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
5. Tuang ke dalam loyang bersize lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus

(B) Cream cheese
-250 gram cream cheese (suhu bilik)
-200ml Dairy whipping cream (sejuk)
-2 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang, masukkan whipping cream dan pukul hingga gebu.

(C) Chocolate ganache
-250 gram Beryls dark choc
-250ml Dairy Awhipping cream
-2 sudu besar mentega
Cara-cara:
Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih), tuang pada coklat, biar sebentar dan kacau rata.

Cara susun:
– Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga . Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga menutupi kesemua bahagian kek dan cheese. Akhir sekali, tabur choc flakes/ choc nibs/ choc rice (ikut suka). Sejukkan.

Kredit: fb sarina seman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 5 =

Scroll To Top