aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN SHERATON PETALING JAYA HOTEL 2022

Buffet ramadhan Sheraton Petaling Jaya hotel kembali lagi tahun 2022 ini. Kami sekeluarga bekesempatan berbuka puasa hari pertama Ramadan 1433 di buffet ramadan Sheraton Petaling Jaya.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Buffet ramadan Sheraton pj boleh dikatakan berkonsepkan International buffet kerana, sheraton pj menu menyediakan pelbagai menu masakan pelbagai bangsa dan kaum termasuk masakan melayu, india, jepun, barat dan yang special dari hotel lain kat sini juga ada makanan Iran seperti shish tawook, kebab dan banyak lagi (sis pun tak hafal nama-nama makanan Iran ni).

 

Buffet ramadhan Sheraton PJ berlangsung di Restoran Feast tingkat 3 hotel. Ruang dalaman yang ceria dihiasi dengan lampu yang cantik. Walaupun keluasan Restoran Feast agak terhad, tetapi dengan susun atur kerusi meja yang kemas boleh memuatkan pelanggan dengan kapasiti yang telah ditetapkan. 

Sebelum terlupa sis nak share tentang sheraton petaling jaya parking rate supaya memudahkan korang nanti. Ok, korang boleh parking kat basement hotel ni kemudian naik lif ke tingkat 3 Restoran Feast. Sebelum balik, verified dulu tiket parking kat receptionist tingkat 3 tu untuk dapatkan harga flat rate parking RM5. Kira murah juga parking kat sini, tak macam hotel lain kadang boleh cecah berbelas ringgit bayar parking sahaja.

 

Kaunter makanan terletak di sebelah kiri manakala sebelah kanan ruang dipenuhi dengan kerusi meja untuk pengunjung menjamu selera. Jadi tidak perlu pening ke hulu ke hilir untuk mengambil makanan, kerana makanan hanya tertumpu di sebelah kiri ruang restoran, kecuali kaunter dessert yang terletak betul-betul di hadapan ruang masuk Restoran Feast.

 

Selain kek, puding dan kuih muih, sheraton petaling jaya ramadhan buffet juga ada menyediakan coklat fountain dengan pilihan marshmallow, kurma dan buah-buahan kering. Kerepek dan keropok untuk kudap-kudapan juga ada disediakan di situ. Bubur kacang hitam tidak ketinggalan disediakan di kaunter ini, pendek kata tepuk dada tanya selera pilih sahaja pemanis mulut mana yang berkenan di hati. Cuma untuk peminat kek macam sis ni, sis rasa pilihan kek agak terhad dan kurang varieti, yang ada pun cuma kek yang basic aje.

 

Sebelah kanan kaunter dessert ni ada coffee machine. Bolehlah korang tekan-tekan nak coffee apa….espresso ada, black cofee ada & capucinno! Ada 3 pilihan coffee di situ, tekan saja mana yang berkenan di hati.

Selain itu berdekatan kaunter dessert ini juga ada warung ABC, waffle dan buah-buahan. Waffle dia sedap, tambah sedap bila dimakan bersama mentega dan sos coklat sebab sos coklat yang digunakan jenis yang berkualiti….Korang patut try!

 

Tak lengkap rasanya berbuka puasa di hotel jika tiada kambing bakar. Hidangan wajib yang dicari-cari bila berbuka puasa ini semestinya ada di hotel Sheraton PJ. Kambing golek ini sedap dimakan bersama dengan sos yang disediakan ataupun boleh saja dimakan begitu saja.

Selain kambing golek, hidangan lain yang dicari-cari adalah makanan laut ataupun seafoods on ice! Di hotel ini ada seafoods seperti udang, kepah….paling best ada lobster! Jarang hotel nak sediakan lobster ni, ye lah kosnya pun mahal kan. Cumanya bila ada lobster, oyster pula tiada. Kebanyakan hotel lima bintang lain menawarkan oyster tapi tiada lobster, jadi mungkin Sheraton Petaling Jaya buffet ingin membuat sedikit kelaianan dengan menawarkan lobster sebagai tarikan utama buffet ramadan hotel ini. Lobster ni kena ambil cepat sebab kalau lambat nanti habis dan lambat nak di top-up balik. Bila di top-up pun kuantiti nya sikit-sikit saja.

 

Penggemar sushi dan sashimi juga boleh menikmati makanan Jepun ini, cuma varietinya kurang. Bagi sis, rasa sushi ni boleh di ‘improve’ lagi supaya lebih sedap, sebab sis pernah rasa sushi yang lebih sedap, fresh dan banyak varieti kat hotel lain sebelum ni. Tapi ok la kan, ada juga sushi daripada tiada.

 

Makanan berat seperti nasi briyani semestinya ada. Ni sis tak makan sebab takut kenyang. Pilihan lauk pun banyak, cuma sis tak pastilah rasa dia sebab lauk pauk pun sis tak rasa. Masakan melayu kampung juga banyak termasuk pelbagai jenis kerabu. Kalau dah kenyang makan nasi, boleh makan rojak buah pula. 

 

Oh ya! Indian cuisine pun ada, macam ayam tandoori, kari dan banyak lagilah. Sis pun dah tak ingat, kalau korang nak tengok secara details klik video ni nanti ya.

 

Disebabkan ruang restoran Feast yang terhad, tapi Sheraton pj menu ada pelbagai makanan Melayu, India, Jepun, Barat dan Iran ada beberapa warung/ gerai di buka di sepanjang ruang legar restoran sebelum memasuki restoran. Antaranya gerai nasi kerabu, gerai roti canai, gerai lemang & ketupat, gerai sup dan roti dan gerai yong tau fu. Yang rindukan makanan hari raya macam lemang, ketupat dan rendang tu bolehlah makan puas-puas kat sini.

Harga Sheraton Petaling Jaya Ramadan Buffet 2022 ~
Citarasa Rantau @ Feast bermula 3 April 2022 – 2 Mei 2022
Harga dewasa RM158 
Harga kanak-kanak RM79 ( 5-11 tahun)
Untuk lebih info boleh lawati www.sheratonpjstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 1 =

Scroll To Top