aszulqa.com

6 hotel kuala terengganu murah berdekatan bandar dan pantai

Jika anda tercari-cari hotel Kuala Terengganu murah yang terletak di tengah-tengah bandar, berdekatan Pasar Payang dan pantai anda patut mempertimbangkan 6 Hotel yang kami senaraikan seperti di bawah. Apa yang menariknya, kesemua hotel-hotel ini terletak sejajar di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Malahan anda boleh melihat dari jauh bangunan hotel lain dari hotel yang anda duduki di Jalan Sultan Zainal Abidin ini.

 

6 hotel yang tersenarai itu ialah Hotel Grand Continental, Hotel Tanjung Vista, Hotel Asia Premium, Hotel The Inn, Hotel Ming Star dan Hotel Ming Paragon. Hotel-hotel di Kuala Terengganu ini terletak berdekatan dengan banyak restoran, kedai makan, kafe, kedai serbaneka 24 jam  seperti 7E, dobi, bank, klinik, J&T dan pelbagai lagi kemudahan yang diperlukan apabila kita bercuti dan menginap di hotel.

 

1.HOTEL GRAND CONTINENTAL

Alamat: Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

 

2.HOTEL TANJUNG VISTA

Alamat: 32-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

 


3.HOTEL ASIA PREMIUM
Alamat: 20200, 134, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

 

4.HOTEL THE INN
Alamat: 201, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Paya, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

5.HOTEL MING STAR
Alamat: 217, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Paya, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

 

6.HOTEL MING PARAGON
Alamat: 219D, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Pada cuti hari Raya yang lepas kami telah membuat perancangan ‘last minute’ untuk bercuti ke Kuala Terengganu. Kami hanya berjaya menempah bilik di Hotel Ming Paragon sehari sebelum tarikh menginap disebabkan hotel-hotel lain sudah ‘fully booked’. 

Review Hotel Ming Paragon ini adalah berdasarkan pengalaman kami menginap di sini. Kami mendapat bilik menghadap jalan raya dan hanya tingkap kecil sahaja yang ada. Ruang agak terhad dan agak mengecewakan kerana bilik air tidak bersih. Dinding bilik air seperti berkeladak dan tidak dibersihkan dengan sempurna. Pertama kali kami jumpa bilik air hotel sebegini. Bilik hotel pula ada bau yang tidak menyenangkan. Harapnya pihak hotel dapat memperbaiki kekurangan ini di masa hadapan.

Walaupun begitu, kelebihan Hotel Ming Paragon ialah kerana ia terletak di kawasan bandar yang strategik. Hotel ini berdekatan dengan Pasar Payang (sekitar 1 km), Taman Tamadun Islam (sekitar 2 km) dan Istana Maziah (sekitar 3 km). Hotel ini juga berjarak sekitar 9 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, bandar utama di Kuala Terengganu.

Banyak fasiliti tersedia dan ‘walking distance’ sahaja untuk ke kedai makan, restoran ataupun cafe. Turun sahaja dari bilik atas hotel, anda boleh ke Restoran Uncle Chua Signature (Halal Certified) di tingkat bawah. Bukan sahaja tetamu hotel suka berkunjung ke sini, tetapi orang sekitar Kuala Terengganu juga suka makan di restoran kopitiam ini. Manakala sekitar Jalan Sultan Zainal Abidin ini terdapat Restoran Ayam Gepuk, Secret Recipe, Coffee Lab dan banyak lagi. Selain itu parking untuk tetamu hotel Ming Paragon juga percuma.

 

Untuk anda yang ingin bercuti ke Terengganu bolehlah mempertimbangkan hotel-hotel yang telah disenaraikan di atas. Selamat bercuti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 8 =

Scroll To Top