Mesti ramai yang teruja untuk berbuka puasa di buffet Ramadhan 2023 bersama keluarga, adik-beradik, rakan taulan mahupun ‘officemate’. Kebiasaannya lokasi, bajet dan tarikh memainkan peranan dalam pemilihan buffet Ramadhan.
Dengan bajet semurah RM66 anda sudah boleh berbuka puasa di buffet Ramadan Sky Intan Avenue Hall yang berlokasi berhampiran dengan i-City Shah Alam. Bagi anda yang masih mencari lokasi berbuka puasa, ini adalah antara pilihan yang baik untuk buffet Ramadhan 2023 Shah Alam dan Klang. Namun begitu ianya tidak hanya terhad untuk penduduk atau pekerja sekitar Shah Alam dan Klang sahaja kerana ramai juga pelanggan dari lembah Klang memilih Sky Intan Avenue Hall untuk iftar berbuka puasa.
Jika anda masih mencari keperluan raya, bolehlah anda singgah ke shopping mall i-City Shah Alam dan tidak perlu risau untuk berbuka puasa di mana sekiranya anda sudah membuat tempahan di Sky Intan Avenue Hall.
Ruang di Sky Intan Avenue Hall luas, besar dan selesa berhawa dingin. Parking yang percuma serta surau juga disediakan. Dekorasi hall juga menarik dan cantik. Sangat sesuai untuk berbuka puasa berkumpulan seperti keluarga yang besar ataupun tempahan korporat.
Terdapat pelbagai menu buffet Ramadhan yang menarik dari menu tepi jalan, menu bazaar hinggalah ke menu lauk pauk kampung. Bihun sup, pecal, mee kari dan bubur pulut hitam adalah antara menu pembuka selera. Manakala lauk pauk yang wajib anda rasa seperti lala sweet & sour, pajeri nenas, ayam kam heong, rendang, ikan keli berlado dan banyak lagi. Anda boleh sudahi ‘makanan berat’ dengan pemanis mulut seperti aneka jenis talam, kuih muih tradisional Melayu, agar-agar puding, cendol, ABC dan aiskrim.
Maklumat lanjut dan tempahan adalah seperti berikut:
Buffet Ramadan SKY INTAN AVENUE HALL
Tema: Kerinduan Menu Desa
RM50.00 – WARGA EMAS
Sky Intan Avenue Hall,
FREE
Disediakan