aszulqa.com

buffet ramadan RM66 di sky intan avenue hall , klang dan shah alam 2023

Mesti ramai yang teruja untuk berbuka puasa di buffet Ramadhan 2023 bersama keluarga, adik-beradik, rakan taulan mahupun ‘officemate’. Kebiasaannya lokasi, bajet dan tarikh memainkan peranan dalam pemilihan buffet Ramadhan. 

Dengan bajet semurah RM66 anda sudah boleh berbuka puasa di buffet Ramadan Sky Intan Avenue Hall yang berlokasi berhampiran dengan i-City Shah Alam. Bagi anda yang masih mencari lokasi berbuka puasa, ini adalah antara pilihan yang baik untuk buffet Ramadhan 2023 Shah Alam dan Klang. Namun begitu ianya tidak hanya terhad untuk penduduk atau pekerja sekitar Shah Alam dan Klang sahaja kerana ramai juga pelanggan dari lembah Klang memilih Sky Intan Avenue Hall untuk iftar berbuka puasa.

Jika anda masih mencari keperluan raya, bolehlah anda singgah ke shopping mall i-City Shah Alam dan tidak perlu risau untuk berbuka puasa di mana sekiranya anda sudah membuat tempahan di Sky Intan Avenue Hall.

 

Read more

Scroll To Top