aszulqa.com

iftar berbuka puasa di resort 5 bintang semurah RM108 di buffet ramadhan Avani Sepang Goldcoast Resort

Iftar berbuka puasa di resort 5 bintang semurah RM108 di buffet ramadhan Avani Sepang Goldcoast Resort.  Kini anda berpeluang berbuka puasa di Resort Avani yang terkenal dengan jolokan resort ala-ala Maldives yang mana tahun ini membawakan tema ‘Citarasa Kampung’ bertempat di Restoran Bila-Bila. 

Sesampainya di sekitar kawasan Avani dari jauh anda sudah boleh nampak ‘signage’ Avani dan selepas melepasi ‘guard house’ tersergam ‘facade’ Avani yang gah. Anda boleh ‘drop by’ penumpang kereta yang lain di lobi kemudian boleh memilih untuk ‘valet parking’ ataupun parking di luar daripada ‘guard house’ Avani. Parking di dalam kawasan Avani dikenakan caj RM25 per ‘entry’ untuk valet parking. Manakala untuk parking percuma anda perlu parking di luar kawasan Avani dan berjalan kaki menuju ke lobi.

 

Daripada lobi resort, ada tersedia kemudahan buggy yang akan membawa anda ke Restoran Bila-Bila di mana bufet Ramadan 2023 diadakan. Terdapat 2 ruang di restoran ini, iaitu ruang luar yang menghadap kolam renang juga ‘live band performance’ dan ruang dalam yang bertutup dan berhawa dingin. 

ruang luar
ruang dalam

 

Walapun berharga RM108 (dewasa), terdapat banyak varieti makanan dan minuman di bufet Avani. Menu buffet Ramadhan Avani Sepang Goldcoast tidak terhad kepada menu masakan kampung sahaja walaupun bertemakan ‘Citarasa Kampung’, sebaliknya terdiri daripada makanan lokal dan antarabangsa. Kambing golek dan ‘seafood on ice’ antara menu kegemaran di sini.

roasted lamb
seafood on ice

 

Lihat sahaja pelbagai menu lauk-pauk yang disajikan seperti di bawah pasti membuatkan anda terliur.

 

 

mussel with cream sauce
ikan bakar

 

Menu lauk pauk dilengkapkan lagi dengan pelbagai pilihan kerabu dan ikan masin yang pasti membuatkan anda kecur mulut.

kerabu

 

Tidak ketinggalan menu masakan Barat dan masakan Jepun seperti sushi. Manakala ‘western food’ seperti spaghetti, ‘bread and soups’, salad, salad buah dan sebagainya.

sushi
spaghetti dll
bread and soups
salad buah

 

Walaupun terdapat banyak buah-buahan segar seperti tembikai, buah naga, buah kundang dan lain-lain lagi, anda boleh juga makan rojak buah sebagai pencuci mulut.

rojak buah

 

Di sini bukan hanya sejenis bubur atau pengat yang disediakan tetapi 3 jenis pengat anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Paling best, ada bubur serawa durian! Anda kena cuba ni, memang sedap sangat.

 

Selain pengat , terdapat juga puding roti, ‘apple strudel’, kuih muih tradisional Melayu dan pelbagai pilihan ‘pastries’ dan ‘dessert’.

    

  

 

Rujuk maklumat lanjut seperti di bawah:

   

Buffet Ramadan Avani Sepang Goldcoast Resort
Tema: Citarasa Kampung

 

HARGA BUFFET RAMADAN 2023 AVANI SEPANG GOALDCOAST RESORT:
 RM108 nett DEWASA 
RM54 nett KANAK-KANAK & WARGA EMAS 
 
 
LOKASI:
Restoran Bila-Bila,
Avani Sepang Goldcoast Resort,
67 Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek, Selangor
 
 
PARKING:
Percuma (outside)
RM25 per entry for valet parking
 
SURAU:
Disediakan
   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + ten =

Scroll To Top