aszulqa.com

AYAM BLACK PEPPER 3 BAHAN! Tips Masak Cepat & Pantas Untuk Ibu Super Sibuk

Macam tak percaya kan, ada resepi ayam black pepper hanya menggunakan 3 bahan sahaja…ringkas & simple tapi masakannya boleh menjadi dengan sedap! Omputih kata black pepper chicken.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Ibu super-sibuk, superbusy…malah orang bujang sekalipun mesti suka dengan tips memasak yang cepat, pantas & ekspress ini. Yelah kan, zaman sekarang semua orang nak kejar masa dengan pelbagai urusan yang tak pernah habis.

 

 

Ibu bekerjaya sibuk dengan urusan kerja & menguruskan rumahtangga. Tidak kurang juga dengan suri rumah yang sibuk menguruskan anak-anak kecil, anak-anak sekolah, menguruskan kain baju & rumah, memasak dan banyak lagi. Kadang-kadang suri rumah ni makan pun tak sempat, janji anak-anak semua dah dipastikan makan….betul tak suri rumah sekalian?

 

 

Selain sesuai sebagai tips masak pantas & cepat untuk ibu super sibuk, ayam black pepper juga sesuai di masak ketika musim hujan. Al-maklumlah, musim-musim hujan ni selalunya perut selalu lapar, banyak kali pulak ibu-ibu nak kena masuk dapur masak bila anak-anak asyik merengek lapar. Jadi ayam black pepper 3 bahan ni boleh jadi menu masakan penyelamat seisi keluarga. Kos pun tak mahal. Masak dan makan pula dengan nasi panas di kala hujan turun, fuhhh! mesti tambah nasi berpinggan-pinggan.

 

 

Resepi ayam black pepper ini sangat mudah & simple, tanpa menggunakan sos black pepper. Resepi ayam blackpepper ni juga tanpa menggunakan tepung jagung. Hanya menggunakan 3 bahan: ayam, blackpepper dan bawang merah, percayalah korang boleh masak dengan pantas & cepat dan berjaya menyiapkan satu hidangan masakan yang menyelerakan untuk seisi keluarga. Ini juga boleh dijadikan menu ’emergency’ kalau ada tetamu yang suka datang bertandang tanpa beritahu terlebih dahulu, tiba-tiba dah muncul kat depan pintu rumah….korang boleh buat magik masakan sepantas kilat menggunakan resepi masakan ayam blackpepper 3 bahan ini sahaja!

 

BAHAN-BAHAN
1.1/3 ekor ayam (dipotong kecil)
2.1 sudu besar lada hitam @ black pepper kasar
3.2 biji bawang merah besar (1 biji dikisar; 1 biji dipotong 4)

 

CARA MASAK
-Kisar lada hitam @ blackpepper bersama sedikit air
-Panaskan minyak & masukkan bahan kisar tadi, kacau sebati
-Kemudian masukkan potongan ayam
-Masak seketika kemudian tambahkan air secukupnya
-Masaklah sehingga ayam empuk dan akhir sekali masukkan bawang merah yang telah dipotong empat & perasakan dengan garam. Dah siap!
-OPTIONAL: kalau nak tambah bahan lebih sedap boleh tambahkan potongan carrot & sedikit kicap untuk hitamkan sedikit kuah. Taburkan juga potongan daun bawang sebagai hiasan & penyedap rasa.

 

 

Step by step boleh subscribe youtube ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 2 =

Scroll To Top