aszulqa.com

7 Hipster Cafe Bukit Jelutong @ Kedai Western Bukit Jelutong [KAFE HIPSTER SHAH ALAM]

7 cafe hipster Bukit Jelutong, Shah Alam ini menyajikan pelbagai jenis makanan Barat @ Western food dan coffee ala starbucks. Jika hanya sekadar ingin lepak santai boleh sahaja minum coffee bersama pelbagai pilihan pastri dan kek yang ada. Kepenatan bekerja dapat dihilangkan sebentar dengan makanan, minuman juga persekitaran ID kafe yang menarik dan selesa untuk disinggahi. Jika datang ke Bukit Jelutong mungkin boleh mempertimbangkan untuk singgah ke salah satu cafe hipster yang telah kami senaraikan di bawah:

Read more

TEMPAT MENARIK DI SELANGOR

Apabila aktiviti merentas daerah sudah dibenarkan setelah sekian lama kita tidak dibenarkan rentas daerah, maka bermulalah carian untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar daerah masing-masing. Untuk penduduk Selangor, semestinyalah mencari tempat menarik di Selangor.
 
 
Banyak carian tempat menarik di Selangor 2021 contohnya tempat menarik untuk family day, tempat penginapan menarik di Selangor dan juga tempat mandi di Selangor. Jangan risau, kami bakal kongsikan beberapa tempat menarik di Selangor hasil daripada pengalaman sebenar mereka yang telah berkunjung dan menginap di tempat berkenaan.
 
 
Tempat menarik di Selangor yang bakal kami kongsikan ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Banyak aktiviti boleh dilakukan di kawasan ini antaranya mandi sungai, berkelah di tepi sungai, barbeque, beriadah di sawah padi, berbasikal di sekitar kampung sawah padi, memancing di sawah dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk anak-anak dan ibu bapa boleh buat bersama-sama. Manakala aktiviti ini juga bergantung pada tempat bagaimana yang anda pilih. Ada yang suka aktiviti bekelah sambil mandi manda, berkemah dan bbq, ada juga yang suka suasana kampung dengan sawah bendang malahan ada juga yang suka lebih privacy dan ada swimming pool.
 
Scroll To Top