aszulqa.com

TEMPAT MENARIK DI SELANGOR

Apabila aktiviti merentas daerah sudah dibenarkan setelah sekian lama kita tidak dibenarkan rentas daerah, maka bermulalah carian untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar daerah masing-masing. Untuk penduduk Selangor, semestinyalah mencari tempat menarik di Selangor.
 
 
Banyak carian tempat menarik di Selangor 2021 contohnya tempat menarik untuk family day, tempat penginapan menarik di Selangor dan juga tempat mandi di Selangor. Jangan risau, kami bakal kongsikan beberapa tempat menarik di Selangor hasil daripada pengalaman sebenar mereka yang telah berkunjung dan menginap di tempat berkenaan.
 
 
Tempat menarik di Selangor yang bakal kami kongsikan ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Banyak aktiviti boleh dilakukan di kawasan ini antaranya mandi sungai, berkelah di tepi sungai, barbeque, beriadah di sawah padi, berbasikal di sekitar kampung sawah padi, memancing di sawah dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk anak-anak dan ibu bapa boleh buat bersama-sama. Manakala aktiviti ini juga bergantung pada tempat bagaimana yang anda pilih. Ada yang suka aktiviti bekelah sambil mandi manda, berkemah dan bbq, ada juga yang suka suasana kampung dengan sawah bendang malahan ada juga yang suka lebih privacy dan ada swimming pool.
 
 
THE NAHARA, KALUMPANG 
Review on The Nahara Resort, Kalumpang, Selangor oleh pemilik fb Mohd Johari Abdul Jalil.
Here’s my honest experience.
 
 
PRICE: Book guna WhatApp. RM150 semalam.(Cukup untuk 6 orang)
Deposit RM50
 
CHALET : Type A(Room 5 – hanya ada socket luar)
Check in 30/3/2021 2.00pm
Check out : 1/4/2021 12.00pm
 
Concept : Ala camping , tetapi bawa Air Fryer, Portable Gas Stove (masak luar chalet),etc.
Menu dinner : Oden Steamboat
 
Parking
– Free yang menginap
– RM8 untuk datang berkelah,
– Boleh sewa Gazebo (RM60) per session
 
Staff and Cleanliness
-bed sheets and bilik mmg bersih.
Overall, boleh repeat dan berbaloi dgn harga. Tak nyesal pegi… ??
Kedai dekat dengan resort
 

 
 
D’SAWAH BENDANG HOMESTAY, SABAK BERNAM 
Pengalaman menginap di homestay oleh pemilik fb Fie Alan yang kami pergi utk 3h2m di sabak bernam, sungai besar. Tak lah jauh sangat.. Dari kl dalam 2 jam camtu lah.. ?
 
 
Bagi yang nak merasa back to nature dan suasana kampung.. Yg macam kami takde kampung nih?? boleh lah bawak anak-anak ke sini. Memang berbaloi.. Sorry coretan ni panjang.. Tapi insyaallah berbaloi utk korang kalau nak pergi sini nanti. Even utk buat family gathering nanti. Kami pilih waktu padi belum tuai lagi.. Baru dapat view yg santekkk.. Bagi yang nak merasa time menanam padi pun boleh.
 
Kami pilih utk masak di sana. Sebab nak rasa ala-ala kampung makan bawa pokok kepala mengadap tepi sawah padi kan.. Tak nak masak pun takpe.. Situ pun senang nk cari makan.
Waktu check in dekat sini jam 2.30pm..tapi kalau takde orang, kita blh check in awal. Kami check in kul 12.30pm.
 
1st time pergi sini jadi kami booking rumah Semi-D no 6.. Sesuai lah utk kami 6 beranak. Ada 2 bilik + ada 1 tilam single boleh tidur di ruang tamu. Ada kitchen + 1 stove electrik/dapur gas. 1 bilik air. Rumah yang atas air adalah rumah semi-d, chalet dan rumah kecil.
 
Nak lagi best pilih rumah kecil single.. Tapi haritu kami pergi dah full booked. Insyaallah utk repeat next time akn ambik rumah kecil dan buat bbq malam hari nya. Dan kalau nak buat family gathering boleh ambik rumah besar. 3-4 family blh duduk skali.. Kalau utk keluarga yang besar boleh ambil rumah besar. Complete semua. 1st kami register macam biasa..pengurusan di sana memang terbaik. Owner pun bagus n peramah.. Staff diaorg nama Dila akan bantu kita kalau perlu kan apa²..
 
Korang boleh booked basikal awal utk anak-anak main waktu pagi & petang. Better ambil utk harian..bukan jam. Bagi yang nak anak merasa memancing ikan di kolam n di sawah booked siap² joran. 2 joran + 1 bungkus umpan RM10 je. Air kelapa fresh dari pokok 2 biji rm5. Dan bagi family yg besar korang boleh bawa carrom, chess dan lain² utk aktiviti tambahan.
 
Bila dah sampai di sana.. Korang wajib kena pergi Laman Tebu Aidil. Buka jam 2.30pm – 7.30pm.. Boleh bergambar di situ.. Jangan pergi lewat sangat sbb makanan dia cepat habis. Menu makan petang dia sempoi je tapiiiii bila masuk kat tekak tu shedapppp.. dan murah. Ada laksa, nasi impit, nasi lemak, air tebu dan macam² lagi lah.
 
Kalau yg jenis suka berjalan n bergambar boleh singgah dekat pasar jerami sekali. Nanti korang boleh google je. Dah habis bercuti dekat sini otw nak balik boleh singgah sekinchan utk mkn tengah hari.. Ataupun singgah jeram..
 
Nama tmpt : D’sawah Bendang Homestay
Semi-D : RM180/per night.
Harga rumah² lain boleh tengok page diaorg.
Joran : 2 batang + umpan = rm10
Basikal : single rm5/jam
Basikal : double & baby rm10/jam…

 

DUSUN BONDA, BATANG KALI
Pengalaman menginap di Dusun Bonda, Batang Kali ini dikongsikan oleh pemilik fb Raihana Torman. Bercuti ala glamping style tapi nak privacy and selesa, Dusun Bonda memang tempat yang best, selain instaworthy ? Dekat Batang Kali, 1 hour drive from KL.

 
 
 
Dah booked tempat ni actually lama sangat before PKP bulan 3 haritu, minggu nak pergi tu dan la terus PKP, so berhuhuhu je lah. Nasib owner dia bagi tau bole postpone. Lepas slowly dah bole merentas negeri sampai PKPP ni terus tanya owner date available, tu pun tanya-tanya banyaknya dah full ?
 
Tempat ni yang best for me sebab agak privacy. Each tent tu dorang bagi private garden untuk guest lepak, Toilet persendirian (each tent dedicated for 1 toilet), kawasan luas, kitchen facilties free to use (utensils, coway, fridge, microwave pun ada), playground for kids, ada game macam congkak, sahiba, karom untuk guest main. Surau pun disediakan, tp sebab agak jauh dari tent kitorang, kitorang solat dalam tent je. Memang muat tent ni, boleh berdiri.
 
 
 
Kitorang booked 4B Tent Riverside, tak jauh dari entrance sungai, pool pun tak jauh. Depan tent kitorang ada swing, memang non stop la selfie cite dia kan ? View di memang best sebab dalam hutan kot sebab tu hijau je, dengan banyak pokok-pokok buah and view malam lagi best sebab lighting dia cantik sangat ? Villa ni ada buat campfire, tapi sebab hujan lebat malam tu, jadi nya tak ada la campfire tu. Tent ni muat untuk 4pax, ada kipas 2 biji. Siang memang rasa bahang kalo duduk dalam tent sebab terperap camtu je. Selesa lepak dekat luar tent je. Tapi malam memang sejuk. Tak perlu aircond pun. Plug point pun banyak, siap ada bagi mosquito repellent liquid, jenuh aku bawak ridsect letak dalam bag, sebab takut nyamuk dalam hutan. Hahaha. Tapi tak ada nyamuk pun.

 

ada swing dekat sungai…best

 

 

ada playground for kids
 
Overall for me the price is worth for the experience. Sebab waktu decide nak pergi sini dulu memang cari glamping tempat yang privacy, tak campur dengan guest lain, selesa and bersih. Tapi, tempat ni sesuai kalo pergi dengan kawan-kawan or big family. Kitorang small family pergi sini, krik krik je, memang spend masa dengan kids.
private garden boleh bbq

 

bteakfast by the river
 
Harga tent dia dari RM350/tent siap makan breakfast.
One more thing, konon kalo nak jauh dari bandar sangat sini memang sesuai sebab tak ada line coverage k ? Dorang dah siap inform tak ada line dekat sini, yang ada maybe Celcom je. I’m Maxis user, memang out of coverage. Tapi dorang ada jual satelit WiFi, so kitorang beli 1GB je la, at least nampak la Whatsapp notification tu masuk ?
 
 

 
 
VILLA CHEE HOMESTAY, SEKINCHAN 
Pengalaman menginap di homestay oleh pemilik fb Atikah Nur
 
 
 
Stay : April 2021
Room type : Superior room Queen Upper Floor (paddy view)
Price : RM168 (weekdays)
Bintang saya bagi : ⭐️⭐️⭐️⭐️
Check in/out : 9/10
– Kaunter check in di bahagian container homestay
– Proses check in smooth. Deposit RM50.
– Proses check out smooth. Dorang akan check dulu bilik ok ke tak.
 
 
 
Staff : 9/10
– Receptionist staff friendly and baik.
Room : 8/10
– Bilik kecil sebab cabin style kan. Tapi ada ruang sikit depan katil. Ada balcony siap meja and kerusi boleh lepak2 layan paddy view and sunrise yang indah pagi2.
 
– This room come with paddy view. Must booking upper floor kalau nak paddy view. Kalau ground floor ada juga paddy view, cuma berdepan dengan swimming pool.
– Bilik and bilik air bersih sebab hotel ni masih baru. Cuma kekemasan kurang sikit. Maybe housekeeping kurang terlatih.
 
– Ada hair dryer, toiletries, towel (2 helai), shower with water heater.
– Kettle tak ada. Kalau nak air panas ada kettle depan kaunter check in.
Facilities : 10/10
– Swimming pool di ground floor. Ada untuk dewasa dan kanak2. Malam2 cantik pool dia ada lampu2. Tapi kami tak try pun mandi.
 
 
– Boleh sewa bicycle yang disediakan kat ruang lobby. Ada banyak jenis. Harga tak mahal. Kalau yang 2 seats RM20, single RM10 (1 jam) Yang 4 seats tak ingat berapa harga sebab tak try. Boleh bawa bicycle keliling sawah padi or mana2 korang nak pergi as long as dalam Sekinchan lah. Best sangat pagi2 bawa bicycle lalu tepi2 sawah padi berkabus gittewww ? Wajib bawa bicycle round sawah kalau korang plan nak datang sekinchan!
 
 
 
– Ada sky balcony di villa and cabin boleh layan view paddy from top. Instaworthy sangat!
– Wifi percuma tapi masa kami datang rosak. Nasib baik line phone okay.
– Restaurant ada tapi tak buka lagi
– Ada tempat karaoke. 15 min RM10 ? kelam kabut cari lagu haha
– Muslim friendly sebab ada surau, bilik ada arah kiblat and pork-free.
Parking : 10/10
– Free and selamat sebab dalam pagar hotel
 
Overall hotel ni not bad. Part paling best is the view and facilities. Btw masa saya datang dorang masih under construction. Masa siang agak bising la sikit. Hotel ni ada dua jenis, villa and cabin. Kalau villa selesa sikit maybe bilik dia. Kalau cabin sesuai untuk backpackers. Cannot comments tentang bilik di villa sebab tak try.
 
Nak booking boleh visit FB page dorang. Search je Villa Chee. Disyorkan datang masa paddy sedang menghijau! Cantik sangat view ?

 
 
THE HIDEOUT, ULU YAM
Pengalaman menginap di the hideout, ulu yam dikongsikan oleh pemilik fb Ain Ariffin. Pengalaman glamping (Glamor + Camping) saya di The Hid3out sangat menarik. Pergi pada 16 dan 17 September 2021. Actually saya dah bayar awal march lps, tp x bole nak proceed sbb PKP jadinya extend utk 1 year. Owner bagi extend so kt bole reschedule date.
 
 
Saya pilih The Hid3 Out sebab dekat dengan rumah. 15 minit perjalanan sampai dah. Mmg nak cari yg dekat2 je sebab skrg kereta dah byk kat jalan ?.
Sape yang jenis macam saya yg suke kan privacy, Tak suke bersesak. Tak suke sharing toilet, tido selesa tp nk rasa suasana hutan, nak dengar air sungai. Korang kena try The hide out ni. Seriously mmg berbaloi pergi sini.
 
Macam saya bawak 4 org adult pon selesa ddk satu tent sbb tent besar. Toilet pon private. No sharing.
 
 
Ape yg kita dapat bila stay dekat sini. Dinner and breakfast included (bole refer gambar). Private pool pon ada. Kalau dah puas mandi sungai bole mandi pool pulak.
BBQ dinner disediakan
view ke sungai

 

Dalam tent ada kipas, so mmg selesa. Ada tilam empuk, bantal dan selimut. So korg dtg bawak towel je sbb towel tak disediakan. Yg lain tu mmg dh ready. Tmpt masak semua ada. Kitchen tools semua ready.
 
Check in check out semua smooth. No deposit required. Harga utk 4 pax for 1 night hanya RM399 all included. Dinner tu mmg byk lebih utk 4 org. Kenyang makan ?
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 11 =

Scroll To Top