aszulqa.com

resepi biskut casablanca…biskut raya sedap, sesedap namanya!

Pernahkah ada mendengar nama biskut casablanca? Biskut raya mudah ini sangat sedap kerana rasanya yang rangup gabungan pelbagai bahan seperti nestum, oat dan cornflakes…memang agak meriah bahannya!

Resepi biskut casablanca ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
2 cawan mentega
1 sdb shortening
1 1/2 cawan gula kastor (nak manis boleh lebihkan)
Esen vanila
2 cawan nestum diramas
1 cawan oat – panggang dan kisar 1/2 cawan serbuk badam
1/3 cawan bijan hitam (saya ganti chia seed + biji selasih)
2 cawan cornflakes  (diramas)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sdb tepung beras

cara buat biskut casablanca:
1.Sebatikan mentega +  gula + esen vanila & shortening sehingga kembang
2.Kemudian masukkan nestum + oat + cornflakes + badam & bijan ke dalam mentega tadi.
3.Kemudian kacau atau uli
4.Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh
5.Terap dengan acuan, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah atau badam
6.Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (ikut oven masing-masing).

 

Tips buat biskut casablanca:
*Adunan agak berderai disebabkan tambah cornflakes jadi kena tekan bagi padat  (cornflakes jangan kisar halus, kisar kasar sahaja sebab nakkan rasa rangup tu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 1 =

Scroll To Top