aszulqa.com

Manfaat Chia Seed untuk kulit & kecantikan

Selain untuk kesihatan, banyak juga manfaat chia seed untuk kulit & manfaat chia seed untuk kecantikan.

Chia Seed atau nama botaninya Salvia hispanica terkenal sebagai ‘superfoods’. Chia seed berbentuk bujur, berwarna kelabu dengan bintik hitam dan putih, dengan diameter sekitar 1 milimeter (0.04 in). Biji-bijiannya bersifat hidrofilik, yang berupaya menyerap sehingga 12 kali beratnya dalam cecair apabila direndam dan membentuk lapisan mucilaginous yang memberikan krim berasaskan chia seed tekstur gel yang tersendiri.

Mengikut sejarah, Chia ditanam secara kecil-kecilan di Mexico dan Guatemala, kemudian ditanam secara komersil melintasi Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Chia seed menjadi popular di seluruh dunia hanya pada tahun 1980-an, dan mula dikenali sebagai “superfood”. Secara puratanya chia seed mengandungi air 6%, karbohidrat 42%, protein 16%-20%, dan lemak 31%. Asid lemak (fatty acid) minyak chia seed sangat tidak tepu, dengan asid linoleik (17-26% daripada jumlah lemak) dan asid linolenik (50-57%) sebagai lemak utama.  Chia seed kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin B, thiamin dan niacin.

 

 

Ini adalah antara manfaat chia seed untuk kulit juga manfaat chia seed untuk kecantikan.

+ MELEMBAPKAN DAN MEMBERI PENGHIDRATAN OPTIMUM UNTUK KULIT

Asid lemak (fatty acid) omega 3 yang terkandung dalam chia seed sangat bagus sebagai sumber pelembap semulajadi. Chia seed berupaya mengikat molekul air dan mengekalkan kadar optimum air di dalam kulit. Apabila kadar kelembapan dan penghidratan kulit dapat dikekalkan, kulit akan sentiasa sihat dan tampak berseri-seri, dengan kata lain kulit glowing.

+ MENCERAH DAN MEMBERIKAN TONA KULIT SEKATA

Chia seed kaya akan protein, zinc, dan beberapa jenis mineral yang baik untuk mencerahkan dan memberikan tona kulit yang sekata. Si kulit kusam tidak perlu lagi risau jika terguna bahan yang boleh menghakis kulit kerana sudah ada banyak alternatif bahan semulajadi untuk kulit cerah sekata. Salah satunya adalah chia seed.

+ MENGURANGKAN KERADANGAN ATAU INFLAMASI PADA KULIT

Kandungan asid lemak (fatty acid) yang tinggi sangat baik untuk memberi nutrisi pada kulit juga dapat meredakan keradangan kulit.

+ ANTI PENUAAN (ANTI-AGING)

Chia seed bersifat anti-radikal yang mana dapat menangkis pelbagai radikal bebas jika digunakan pada kulit muka.

Rugi tak share info bermanfaat ini di fb wall anda 😉

Scroll To Top