aszulqa.com

CARA PUTIHKAN MUKA

NAK CARA PUTIHKAN MUKA SEPANTAS SEJAM?

atau

NAK CARA PUTIHKAN MUKA SEAWAL SEHARI?

Oppssss…..

sebelum nak beli apa-apa produk yang boleh putihkan muka dalam masa sejam atau putihkan muka dalam masa sehari….jom baca artikel best kat bawah  ni dulu.

 

AWAS ! ! ! ! !
CEPAT PUTIH, CEPAT HILANG JERAGAT

Ramai yang bila pakai produk,
Nak cepat putih, nak cepat hilang jeragat.

Antara produk yang sering dicari adalah krim pemutih kulit.

Krim pemutih kulit ini sering digunakan untuk menangani masalah yang berkaitan dengan memutihkan kulit yang gelap, hiper pigmentasi, termasuk melasma, parut jerawat, bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.

Selalunya krim ini dirumus dengan menggunakan bahan-bahan sintetik seperti hydroquinine dan merkuri.

HIDROQUININE & MERCURI adalah agen pemutih yang sangat berkesan kerana bahan-bahan ini merencatkan pembentukan melanin, pigmen yang menguningkan atau “menanggalkan” kulit kita. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan ini boleh menjadi toksik kepada badan dan boleh menjejaskan fungsi badan normal jika digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Hidroquinine (C6H6O2) adalah bahan kimia yang digunakan dalam pewarna rambut dan dalam pembuatan getah. Ia telah dikaitkan dengan kanser dan dilarang daripada digunakan dalam kosmetik di beberapa negara.

Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia, merkuri tak organik yang digunakan dalam sabun pemutih kulit dan krim pemutih boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan kulit, ruam dan masalah neurologi. Artikel rujukan http://www.who.int/…/assess…/public_health/mercury_flyer.pdf

 

INI ANTARA PENGAKUAN BENAR DARI BEBERAPA MANGSA YANG TERSALAH PAKAI PRODUK PEMUTIH MUKA

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

 

 

 

Jadilah pengguna yang bijak.

Nak cerahkan kulit secara selamat, pilihlah natural based produk. Produk berasaskan bahan semulajadi tidak menjanjikan putih seawal sejam atau putih seawal sehari, tetapi produk sebegini semestinya selamat dan mencerahkan kulit secara berperingkat-peringkat. Yang penting kulit kita sihat dan tidak lagi kusam.

Elakkan produk pemutih kulit yang mengandungi hidrokuinin, produk timbang kilo dan produk tidak berdaftar. Jika produk terlalu murah tapi dapat melicinkan dan memutihkan kulit dalam masa beberapa hari saja maka berhati-hatilah! Kesannya dapat dilihat dan dirasai selepas anda berhenti menggunakan produk terbabit, lagi parah jika ada kesan jangka panjang yang melibatkan hormon badan jadi kacau bilau, masalah saraf ataupun merosotkan fungsi organ badan.

Scroll To Top