aszulqa.com

Buffet Ramadan bawah RM100 di Hotel Bertaraf 4 Bintang IBIS KLCC yang menjadi rebutan ramai!

Percayakah anda, masih wujud buffet Ramadan hotel bawah RM100 di tahun 2023 ini? Bufet Ramadan hotel ini bukan sahaja murah, malahan ditawarkan di hotel bertaraf 4 bintang berlokasi di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu sekitar KLCC. Lokasi berbuka puasa best Kuala Lumpur yang dimaksudkan ialah di buffet Ramadhan Ibis KLCC.

Berita baiknya, tawaran promosi harga early bird telah dilanjutkan sehingga 22 Mac 2023 semurah RM78 sahaja. Dengan harga semurah RM78 anda dapat berbuka puasa dengan menu buffet Ramadhan yang sangat banyak dari lauk pauk kampung, ‘western food’ sehinggalah ‘dessert’. Anda perlu segera merebut peluang keemasan harga murah bufet RM78 yang menjadi rebutan ramai ini sebelum ianya naik kepada harga asal RM98 sebelum 22/3/2023!

 

Apabila sampai di hotel IBIS KLCC ni, anda perlu naik lif ke tingkat 10 iaitu ke Kampung Kitchen di mana iftar berbuka puasa ini diadakan. Lihat sahaja pemandangan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur melalui dinding kaca di Kampung Kitchen ini pasti memukau pandangan mata sesiapa sahaja. Pemandangan melalui dinding kaca yang luas terbentang ini adalah satu keistimewaan berbuka puasa di Ibis KLCC. Satu lagi keistimewaan berbuka puasa di sini ialah parking PERCUMA! Mana nak dapat parking hotel percuma seperti ini di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur apatah lagi ianya di lokasi strategik sekitar KLCC.

 

Menu buffet Ramadhan iBIS KLCC ala-ala bazaar Ramadan dengan berbelas ‘stalls’ berbaris di sepanjang dinding kaca Kampung Kitchen pasti menarik perhatian ramai.

Antara ‘stalls’ & ‘corner’ yang ada kat sini:
????Kambing bakar Mongolian
????Live pasta station
????Gulai daging Pak Munawir
????Sup tulang kambing Mat Piah
????Mee goreng mamak sotong merah
????Kepah rebus
????Satay
????Murtabak & roti john leleh
????Apam balik astana raja
????Jagung rebus susu
????Noodle rail station
????Air batu campur corner
????Assorted ice-cream
????Goreng-gorengan corner baring

 

 

 

Sedap betul mee goreng mamak sotong merah ni…dipadankan pula dengan ‘roasted potatoes’ dan kambing bakar Mongolian memang umphhh!

 

Dengan bertemakan Sajian Warisan Bonda Ala Kampung terdapat pelbagai lauk-pauk kampung antaranya daging salai masak lemak, ketam kari nenas, masak lemak putih pucuk manis, pajeri terung. Tidak ketinggalan ulam-ulaman, kerabu dan pelbagai jenis sambal. Jika tidak suka makan ulam, terdapat juga pelbagai pilihan salad. Selain nasi putih, terdapat juga menu nasi lain seperti nasi tomato dan nasi pelangi.

  

 

Banyak pilihan buah-buahan segar di sini seperti jambu merah, longan, buah naga, tembikai kuning & merah, epal, tembikai susu dan lain-lain lagi. Anda boleh buat sendiri rojak buah dengan mencampurkan potongan buah kesukaan anda bersama kuah rojak yang pedas-pedas manis.

 

Selain itu ada juga menu masakan Barat (‘western food’) seperti pelbagai jenis roti dan sup, ‘roasted rosemary potatoes’, ‘grilled vege’ dan pasta yang dimasak oleh chef panas-panas apabila ada permintaan sahaja.

 

Selain menu buffet Ramadhan yang banyak dan sedap, ruang makan Kampung Kitchen juga sangat luas dan boleh memuatkan ramai pelanggan. Santai dan selesa untuk anda berbuka puasa bersama keluarga, kekasih hati, kawan-kawan pejabat, sahabat handai mahupun sanak saudara.

 

Selepas kenyang menikmati hidangan utama buffet, anda boleh bersantai-santai menyaksikan persembahan modern ghazal live band sambil menikmati kopi panas daripada ‘coffee machine’ seperti capucinno, espresso ataupun americano. Suka teh tarik? Di sini juga ada disediakan teh tarik buih. Nikmatinya bersama pelbagai pilihan pencuci mulut kek ataupun kuih muih tradisional Melayu.

Oh! ya…air balang adalah pilihan air sejuk yang ada buat penghilang dahaga saat berbuka puasa. Salah satu tips makan buffet ialah anda perlu mengawal pengambilan air supaya anda tidak cepat kenyang.

 

Selain buffet Ramadan, Ibis KLCC juga ada menawarkan pakej Ramadan Staycation sepanjang Ramadan 2023. Untuk ‘standard room’ ‘single bed’ ianya berharga RM298 dan RM398 untuk ‘double/ twin bed’. Kedua-dua pakej sudah termasuk sahur dan bufet Ramadan. Pakej Ramadan staycation ini sangat berbaloi untuk anda tempah. Di sini terdapat ‘infinity pool’ di tingkat 31 dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur dari ‘swimming pool’ aras tertinggi. Anak-anak anda pasti menyukainya.

 

Buffet Ramadan IBIS Kuala Lumpur City Centre
Tema: Sajian Warisan Bonda Ala Kampung

HARGA BUFFET RAMADAN 2023 IBIS KLCC:
EARLY BIRD (Sebelum 22/3/2023)
RM78 nett DEWASA
  
 
HARGA NORMAL (2/3/2023 – 21/4/2023)
RM98 nett DEWASA 
RM68 nett KANAK-KANAK (6-12 tahun)

RM88 nett WARGA EMAS

 
 
LOKASI:
Kampung Kitchen Level 10,
IBIS KLCC,
 32, Jalan Yap Kwan Seng,
Kampung Baru,
50450 Kuala Lumpur,
 
 
PARKING:
Percuma
 
SURAU:
Disediakan
 
 

TEMPAHAN:

???? WhatsApp (Gideon) : shorturl.at/dkxDS
???? WhatsApp (Yanti) : shorturl.at/nuwTV
???? WhatsApp (Aniza) : shorturl.at/hBQWZ
???? WhatsApp (Taty) : shorturl.at/jqIJT
???? WhatsApp (Lawrence) : shorturl.at/FQU06
 
 
EMAIL:
???? Email: kampung.kitchen@ibisklcc.com 

   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − eighteen =

Scroll To Top