aszulqa.com

singgah di pameran penerbangan selangor 2022 @ selangor aviation show 2022

Baru-baru ini telah berlangsung Selangor Aviation Show 2022 (SAS2022) yang telah diadakan di Skypark RAC Subang, Selangor. Selangor Aviation Show 2022 ini telah dianjurkan oleh INVEST Selangor selama 3 hari bermula dari 8 September 2022 hingga 10 September 2022.

Disebabkan ‘banner’ Selangor Aviation Show 2022 ini kelihatan di sepanjang jalan laluan kami lalu lalang setiap hari, maka sis sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk singgah ke pameran penerbangan antarabangsa pada hari terakhir pameran ini dianjurkan.

 

Kami tiba di pintu masuk Skypark RAC Subang sekitar jam 12 tengahari. Kelihatan kereta sudah penuh di tepi jalan. Pegawal lalu lintas memaklumkan kami perlu parking di luar pintu masuk kemudian berkumpul di pintu masuk sementara menunggu van yang akan membawa pengunjung memasuki kawasan pameran. Setelah tiba di laluan masuk utama pameran dengan menaiki van, kami diminta beratur untuk ke kaunter pendaftaran.

 

Panjang juga barisan orang ramai waktu itu, disebabkan pameran ini hanya setahun sekali maka kami gagahkan jugalah beratur menunggu giliran. Selepas 20-30 minit berlalu maka kami berjaya mendaftar, diberikan pas pelawat dan dibenarkan masuk ke dalam kawasan pameran. 

Walaupun cuaca panas, anak-anak nampaknya teruja dapat melihat sendiri pelbagai jenis helikopter dan kapal terbang di depan mata. Selain melihat, mereka juga dapat merasai pengalaman masuk ke dalam helikopter, memegang dalaman helikoper dan bergambar ceria. Jom lihat pelbagai jenis helikopter dan pesawat yang dipamerkan pada hari itu:

 

Cuaca yang panas terik tidak menghalang orang ramai untuk mencuba menaiki helikopter dan bergambar. Almaklumlah pameran penerbangan seperti ini bukan selalu diadakan, hanya setahun sekali sahaja. Jadi, ramailah yang tidak ingin melepaskan peluang keemasan mendekati helikoper dan kapal terbang yang dipamerkan.

 

Selain pameran helikoper dan kapal terbang, ada dua dewan yang dikhaskan untuk ‘exhibitor’ iaitu ‘industrial player’. Kami juga berpeluang melihat pelbagai jenis alatan dan menimba ilmu berkaitan dengan dunia penerbangan dari dewan ‘exhibitor’ ini. Merujuk pada The Sun Daily pameran ini bertujuan memberi peluang kepada ‘networking’ bertaraf tinggi dan menembusi pasaran prospek dengan penglibatan pemain industri daripada pelbagai sektor termasuk komersil, bisnes penerbangan, penerbangan am dan subsektor industri penerbangan di Malaysia yang berpotensi di rantau ini.

 

Lebih kurang jam 2 petang kami beransur pulang. Kami dapati barisan untuk ke kaunter pendaftaran semakin panjang, malah 2 kali ganda lebih panjang berbanding waktu kami ingin masuk sekitar jam 12 tengahari tadi. Bukan sahaja untuk ke kaunter pendaftaran perlu beratur, tetapi untuk menunggu van juga perlu beratur mengikut giliran malahan barisan beratur menunggu van ini lebih panjang berbanding yang ingin masuk pameran.

 

Daripada menunggu lama di bawah panas terik matahari kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja keluar dari situ. Memang agak jauh dan memenatkan, tapi anggaplah sahaja ianya sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh. Jomlah tengok video suasana sekitar SAS2022:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − one =

Scroll To Top