aszulqa.com

roti canai melayu shah alam

Seringkali bila nak makan roti canai sekitar Selangor kedai mamaklah yang akan kita tuju. Sebut sahaja roti canai apa yang kita mahukan, semuanya ada di kedai mamak…roti canai, roti telur, roti bawang, roti pisang, roti sardin.


Namun kadangkala kita rindukan juga rasa roti canai melayu yang asli kerana keenakannya berbeza daripada roti canai mamak. Disebabkan roti canai melayu sukar didapati di sekitar Selangor sebab itulah kedai mamak sentiasa penuh dengan orang yang sekadar nak makan roti canai ataupun makanan ringan yang lain.

Kebanyakan kedai roti canai melayu boleh didapati di kawasan kampung di waktu sarapan pagi dan bukannya sepanjang hari seperti di kedai mamak. Salah satu kawasan kampung di Selangor ialah Kampung Melayu Subang yang kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu. Jadi terdapat beberapa kedai dan warung roti canai yang boleh dikunjungi untuk sarapan pagi.

Warung Wak Rojen di Kampung Melayu Subang sering dipenuhi pelanggan yang ingin menikmati roti canai melayu. Walaupun kedai makannya tidaklah besar mana,  pelanggan masih boleh membungkus roti canai untuk dibawa pulang. Di awal pagi pun sudah ramai yang beratur menunggu giliran untuk membawa pulang roti canai ke rumah masing-masing.

Kedai sarapan pagi shah alam ini juga menyediakan pelbagai menu sarapan lain seperti nasi lemak, bihun goreng kampung dan kuih muih tradisional melayu.

 

  

Sarapan pagi roti canai melayu memang terasa kelainannya, kerana kari melayu bersama kuah dhal melayu memang lain kesedapannya berbanding mamak. Minum pula teh tarik memang bersemangatlah nak buat apa pun aktiviti selepas sarapan. Kedai roti canai melayu Shah Alam ini terletak berdekatan dengan SMK Subang. Untuk ke sana boleh sahaja Waze Warung Wak Rojen…pasti anda tak akan sesat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + two =

Scroll To Top